saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 14/10/2014

Sungai Jeram 'terima' 3,000 anak ikan siakap

AHLI-AHLI Persatuan Alam Sekitar Bumi Hijau Negeri Johor yang menyertai program pelepasan anak-anak ikan siakap di Sungai Jeram, Kampung Jeram Batu, Pekan Nanas, di Pontian, Johor, baru-baru ini.

PONTIAN 13 Okt. - Sebanyak 3,000 anak ikan siakap dilepaskan di Sungai Jeram, Pekan Nanas, di sini, bertujuan menambah spesies bilangan ikan bagi meningkatkan pendapatan nelayan tempatan.

Timbalan Pengerusi Persatuan Alam Sekitar Bumi Hijau negeri, Hamzah Atan berkata, pelepasan anak-anak ikan dengan kos keseluruhan sebanyak RM3,000 juga bagi menjaga ekosistem di sungai tersebut.

"Sungai Jeram merupakan anak sungai yang menganjur ke Sungai Pulai dikenal pasti sebagai salah sebuah sungai yang terbersih di Johor dengan diteduhi pokok-pokok menghijau, unik dengan pohon bakau yang boleh dijadikan lokasi agropelancongan.

"Pokok-pokok bakau yang dijaga rapi dan dilindungi bersesuaian dengan kepentingan sebagai tapak Ramsar bagi memastikan tiada berlaku unsur-unsur pencemaran," katanya ketika ditemui selepas majlis pelepasan anak-anak ikan siakap tersebut.

Pelepasan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukup, Suhaimi Salleh di Sungai Jeram, di sini semalam.

Hamzah turut meminta nelayan tempatan agar tidak menangkap anak-anak ikan tersebut sebelum ia membesar kerana siakap mendapat permintaan yang tinggi di pasaran sehingga mencecah RM20 sekilogram.

Sementara itu, Suhaimi Salleh berkata, pihaknya menyambut baik usaha ini kerana Sungai Jeram merupakan nadi utama kepada masyarakat nelayan di Kampung Jeram Batu dan penambahan ikan bukan sahaja membantu nelayan malah menarik kehadiran pemancing.

"Penduduk tempatan mahupun nelayan yang menjalankan aktiviti menyewa bot juga akan mendapat faedah jika jumlah ikan semakin bertambah dengan adanya usaha-usaha sedemikian," katanya lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.