saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 15/10/2014

Bantu golongan berpendapatan rendah

ABD. Latif Bandi (dua dari kiri) melawat pameran sempena Program Gerak Mesra dan Pembangunan Masyarakat Zon 1, Mukim Sungai Balang di Muar, Johor, kelmarin. - UTUSAN/Zulhisham Isahak

MUAR 14 Okt. - Kerajaan negeri akan membina 37,000 unit rumah mampu milik menerusi Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dalam tempoh lima tahun bertujuan membantu golongan berpendapatan sederhana memiliki kediaman sendiri.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Abd. Latif Bandi berkata, pembinaannya yang sudah bermula pada tahun lalu dan siap sepenuhnya pada 2018 itu mempunyai empat kategori.

"Sehingga kini sebanyak 6,000 unit rumah sudah siap dibina dan boleh diduduki manakala 12,000 unit lagi sedang dalam pembinaan dan selebihnya akan siap pada 2018.

"Empat jenis rumah itu iaitu Perumahan Komuniti Johor (PKJ) Jenis A berharga RM42,000, PKJ Jenis B berharga RM80,000, Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) (RM120,000 hingga RM150,000) dan Kedai Kos Dana Rendah (RM200,000)," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Gerak Mesra dan Pembangunan Masyarakat Zon 1, Mukim Sungai Balang di Dewan Serbaguna Sarang Buaya, dekat sini semalam.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Balang, Zaiton Ismail dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Muar (MPM), Ramlee A. Rahman.

Beliau berkata, jumlah rumah yang dibina mungkin akan ditambah bergantung kepada permintaan yang semakin meningkat berikutan harga rumah di Johor Bahru yang melambung tinggi.

Sementara itu, beliau berkata, sebanyak 60 Pusat Gimnasium Rakyat akan dibina di setiap Parlimen di negeri ini pada tahun depan dengan kos RM20 juta bagi memberi kemudahan kepada rakyat terutam golongan muda untuk beriadah.

Katanya, bayaran serendah antara RM2 hingga RM5 dikenakan bertujuan untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan pembinaannya akan ditentukan pihak berkuasa tempatan (PBT) terutama di lokasi-lokasi strategi contohnya di kawasan rekreasi.

Sementara itu Zaiton berkata, MPM memberikan peruntukan RM500,000 untuk membina gelanggang futsal dan pagar di pekarangan dewan itu yang akan dibina tidak lama lagi.

"Dengan adanya gelanggang ini akan memudahkan kira-kira 100 belia di kawasan Sungai Balangn untuk melakukan aktiviti riadah pada waktu petang atau malam," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:44
Maghrib 7:28
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.