saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 15/10/2014

500 pekerja asing berhutang RM200,000

LEDANG 14 Okt. - Lebih 500 pekerja warga asing dan tempatan terpaksa menanggung beban hutang kira-kira RM200,000 berikutan kilang perabot tempat mereka bekerja enggan melunaskan tunggakan gaji sejak Januari lalu.

Pekerja terbabit terdiri daripada warga Nepal seramai 300 orang, Bangladesh (100), Pakistan (50), Myanmar (30), Indonesia (10) dan seorang dari Sri Lanka selain 40 pekerja tempatan.

Wakil pekerja, Talat Khan, 32, dari Pakisan berkata, majikan hanya membayar setengah daripada gaji penuh iaitu RM400 sejak Januari hingga bulan lalu dan dalam tempoh itu, mereka hidup dalam serba kekurangan.

"Keadaan bertambah teruk sejak kilang ini ditutup bulan lalu, kami hanya makan nasi tanpa lauk dan apa sahaja yang boleh dimakan. Kami terpaksa menjual pelbagai barangan termasuk motosikal, basikal, tong gas dan jam tangan untuk membeli makanan," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Mereka yang hilang pekerjaan tersebut terpaksa berhutang dengan tiga buah kedai runcit dan sebuah kedai makan berhampiran untuk meneruskan kehidupan.

Kata Talat, pihak pengurusan kilang perabot di Pusat Perindustrian Grisek itu berjanji akan melunaskan semua gaji tertunggak pada 30 September lalu, malangnya apabila mereka ke tempat kerja, kilang berkenaan sudah ditutup.

Rakannya, Rezaul, 30, dari Bangladesh pula berkata, setiap kali menelefon pihak pengurusan kilang, wakilnya meminta pekerja bersabar.

"Kami tidak boleh mencari kerja di tempat lain kerana permit kami alamatnya di kilang ini. Sikap lepas tangan pengurusan kilang bukan sahaja tidak bertanggungjawab, malah tidak berperikemanusiaan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zohor 1:14
Asar 4:30
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.