saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 15/10/2014

Periksa papan iklan jejantas, bangunan

JOHOR BAHRU 14 Okt. - Kerajaan negeri memberi tempoh 48 jam kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk memeriksa tahap keselamatan semua papan iklan di jejantas dan bangunan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abd. Latiff Bandi berkata, kerajaan negeri sudah mengarahkan PBT untuk memeriksa papan iklan itu berkuat kuasa semalam.

Menurutnya, arahan pemeriksaan tersebut dibuat adalah berikutan insiden bumbung sebuah jejantas yang turut diletakkan papan iklan tercabut dan diterbangkan akibat angin kencang di Lebuhraya Taman Perling-Pasir Gudang di sini kelmarin.

"Pemeriksaan papan iklan itu akan dilakukan bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi memastikan semua papan iklan yang dipasang memenuhi spesifikasi yang ditetapkan," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata, jika ada mana-mana papan iklan yang diperiksa dan berdaftar itu tidak memenuhi syarat ditetapkan pihak bertanggungjawab, ia akan diturunkan dengan serta merta.

Dalam pada itu, Abd. Latiff memberitahu, siasatan menyeluruh akan dilakukan mengenai kejadian semalam menerusi satu mesyuarat yang akan diadakan bersama pihak terlibat termasuk PBT dan JKR dalam masa terdekat.

Sementara itu, beliau berkata, jejantas di lebuh raya berkenaan kini ditutup kepada pengguna bagi memberi laluan kerja-kerja pembaikan dan ia dijangka dibuka semula kepada pengguna selepas dua bulan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.