saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 16/10/2014

RM860,000 naik taraf Tanjung Ketapang

MUAR 15 Okt. - Majlis Perbandaran Muar (MPM) memperuntukkan RM860,000 pada tahun ini untuk menaik taraf pelbagai kemudahan dan infrastruktur di Taman Rekreasi Tanjung Ketapang di sini untuk keselesaan orang ramai.

Yang Dipertuanya, Ramlee A. Rahman berkata, projek naik taraf itu melibatkan pembinaan laluan pejalan kaki melibatkan kos RM500,000; membaiki sistem perparitan (RM200,000), pencahayaan (RM80,000), ruang meletak kenderaan (RM70,000) dan memasang palang dan 'bollard' (RM10,000).

"Tujuannya untuk memberi keselesaan dan mengindahkan lagi taman rekreasi tersebut yang menjadi tumpuan masyarakat beriadah di bandar ini selain mempertingkatkan faktor keselamatan, contohnya dengan memasang palang dan 'bollard'.

"Projek itu juga untuk meningkatkan tahap keselamatan pengunjung semasa melakukan aktiviti riadah selain mengelakkan kenderaan rosak akibat terkena bola golf semasa melalui kawasan berhampiran padang golf di taman rekreasi tersebut," katanya ditemui di pejabatnya di sini semalam.

Beliau berkata, MPM juga telah menyemai pokok kafia di Tanjung Ketapang yang berfungsi sebagai penampan kawasan sepanjang jalan dan padang golf.

Selain itu, katanya, peraturan baharu diperkenal dengan menjadikan kawasan tersebut sebagai zon bebas tanpa kenderaan sejak April lalu dengan memasang notis pemberitahuan dan semua kenderaan perlu diletakkan di tempat disediakan.

Menurutnya, kebersihan di Tanjung Ketapang juga dipertingkatkan termasuk sampah-sarap yang hanyut di muara sungai dibersihkan supaya tidak menjejaskan pemandangan selain mengawal populasi monyet bagi mengelakkan pengunjung berasa takut ketika beriadah di taman rekreasi berkenaan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:44
Maghrib 7:28
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.