saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 16/10/2014

20 peratus warga emas berisiko hidap penyakit kronik

Selahuddeen Abd. Aziz (kiri) memperkatakan sesuatu kepada pelajar MRSM Muar yang menyertai Hari Anestesia Sedunia di Hospital Sultanah Fatimah, Muar, Johor, kelmarin. - UTUSAN/Ishak Rahmad

MUAR 15 Okt. - Kira-kira 20 peratus penduduk di daerah ini yang berusia 60 tahun ke atas berisiko tinggi mendapat penyakit berbahaya seperti kencing manis, sakit jantung, buah pinggang dan darah tinggi.

Pengarah Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Dr. Selahuddeen Abd. Aziz berkata, jumlah itu berdasarkan kes-kes rawatan penyakit tersebut melibatkan golongan berkenaan di hospital berkenaan yang meningkat saban tahun.

"Justeru, HPSF merancang menganjurkan program kesedaran umum tentang penyakit berbahaya yang boleh membawa maut dengan memberi pendedahan dan pemahaman," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Minggu Anesthesia Sedunia 2014 di sini semalam.

Sementara itu, Ketua Jabatan Anesthesiologi dan Rawatan Rapi HPSF, Dr. Norlina Yusoff berkata, hospital tersebut menjadi rujukan perkhidmatan anesthesia di kawasan Johor Utara berikutan kemudahan dan empat pakar yang disediakan.

Katanya, HPSF turut menerima pesakit yang memerlukan perkhidmatan itu dari daerah Ledang dan Segamat selain kawasan bersempadan seperti Jasin, Sungai Rambai dan Merlimau di Melaka termasuk daerah berhampiran seperti Muadzam Shah, Pahang.

"HPSF menyediakan perkhidmatan klinik anesthesia, 'acute pain service' (APS), 'epidural labour analgesia' (ELA) dan yang terkini adalah perkhidmatan pembiusan penuh untuk prosedur pengimejan diagnostik (MRI) di Jabatan Radiologi," katanya.

Beliau memberitahu, empat pakar anesthesia itu menerima antara 10 hingga 15 pesakit sehari, bergantung kepada jenis penyakit untuk menjalankan pembedahan.

Mengenai program itu, beliau berkata, tujuannya bagi memberi kefahaman kepada orang ramai dengan mengadakan pelbagai aktiviti seperti pameran, kuiz dan tayangan video yang diharap dapat memberi pengetahuan kepada semua.

"Menerusi aktiviti disediakan kita menggambarkan tugas berat seorang pakar bius. Seorang pakar anesthesia atau bius bertindak sebagai pengurus risiko yang menjanjikan perkhidmatan cepat, tepat, selamat dan berkualiti kepada setiap pesakit," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zohor 1:14
Asar 4:30
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.