saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 16/10/2014

Ibadah korban eratkan ukhuwah

ROSNI Omar (dua dari kanan) turut meninjau kerja-kerja melapah daging lembu oleh para pelajar SMK Bandar Baru Uda di Masjid Jamek Bandar Baru Uda, Johor Bahru, Johor, baru-baru ini. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU 15 Okt. - Atas dasar untuk bersama-sama meningkatkan syiar Islam dalam kalangan masyarakat khususnya generasi muda, Badan Amal Isteri Wakil-wakil Rakyat Johor (Juita) tidak ketinggalan mengadakan program ibadah korban kelmarin.

Program tersebut yang diadakan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Uda dan disertai 30 pelajar, guru-guru, ahli Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) dan pihak pengurusan Masjid Jamek Bandar Baru Uda.

Setiausaha Juita, Ruzita Kimin berkata, upacara penyembelihan enam ekor lembu itu diadakan di pekarangan masjid tersebut dan dirasmikan oleh Yang Dipertua Juita, Datin Seri Rosni Omar yang juga isteri Menteri Besar Johor.

Beliau yang juga guru sekolah tersebut berkata, program itu merupakan acara tahunan Juita bertujuan mendekatkan hubungan dengan masyarakat setempat termasuk warga sekolah.

Menurutnya, pada tahun lalu pihak Juita mengadakan program yang serupa bersama Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Pasir Gudang.

"Pada tahun ini kita menyumbang tiga ekor lembu dan daging korban tersebut diagih-agihkan kepada para pelajar miskin yang telah dikenal pasti oleh pihak sekolah sebagai penama.

"Saya cukup teruja dengan pengisian program ini kerana bukan sahaja merapatkan ahli-ahli Juita dengan warga sekolah, malah dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Johor Bahru, PIBG serta pengurusan masjid serta dapat menterjemahkan konsep korban yang dituntut oleh Islam dalam kalangan generasi muda," katanya kepada Utusan Malaysia.

Sementara itu Pengetua SMK Bandar Baru Uda, Mansor Abdul Aziz berkata, pihaknya turut menyumbang tiga ekor lembu yang disedekahkan oleh guru-guru sebagai penama setiap bahagian korban.

Menurutnya, program tersebut tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran kerana para pelajar belajar seperti biasa, manakala yang terlibat dalam urusan penyembelihan ialah guru-guru ada masa terluang.

"Program ini memberi pendedahan praktikal tentang ibadah korban dan akikah kepada para pelajar terlibat yang turut merupakan salah satu daripada sukatan pelajaran Pendidikan Islam menerusi bab korban dan akikah," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.