saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 17/10/2014

'Habitat Moment' tingkatkan kesedaran

KOTA TINGGI 16 Okt. - Program 'Habitat Moment' diharap dapat membantu mencapai sasaran 22 peratus rakyat mengamalkan kitar semula menjelang 2020.

Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, program tersebut merupakan inisiatif yang baik dalam usaha menyemai dan membudayakan amalan kitar semula di peringat awal persekolahan.

Menurutnya, murid-murid mampu menjadi ejen penggerak perubahan untuk menyedarkan ibu bapa serta masyarakat bagi memastikan kualiti alam sekitar dan habitat terus terjaga.

"Program 'Habitat Moment' ini dapat mendidik murid-murid sebagai generasi pelapis penggerak perubahan bagi menjana kualiti alam sekitar dan habitat. Ini kerana sikap murid-murid boleh mempengaruhi ibu bapa dan masyarakat dalam memelihara kemapanan alam persekitaran dan juga penempatan manusia.

"Malah program ini juga dilihat dapat membangkitkan kesedaran betapa pentingnya tempat tinggal selesa, persekitaran permai, bandar yang selamat dan hak asasi kita terpelihara," katanya ketika merasmikan Program 'Habitat Moment' sempena Hari Habitat Sedunia 2014 di Dewan Serbaguna Taman Kota Jaya, di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Yong Bun Fou; Ketua Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA), Datuk Ab. Rahim Md. Noor; Pengarah Pendidikan negeri, Aminuddin Adam dan Pegawai Daerah Kota Tinggi, Mohd. Noorazam Osman.

Halimah berkata, program itu turut melibatkan ikrar aku janji 'Habitat Moment' untuk lebih bertanggungjawab terhadap penjagaan alam sekitar dan usaha-usaha ke arah melestarikannya.

Katanya, program tersebut dijalankan serentak dengan Program Bank Kitar Semula yang dianjurkan oleh PPSPPA dan sehingga kini 49 buah sekolah dijadikan sebagai 'sekolah angkat'.

Menurutnya, PPSPPA menggunakan teknik Takakura iaitu menggunakan sepenuhnya sisa makanan dan sisa kebun sebagai baja kompos sekali gus membolehkan pengamalnya mengurangkan sisa di tapak pelupusan sampah.

"Secara tidak langsung, murid-murid melakukan amalan 'Reduce, Reuse dan Recycle' (3R) kerana rata-rata rakyat Malaysia membuang makanan sehingga 8,000 tan sehari dan jumlah itu mampu menampung makanan untuk enam juta orang.

"Pemahaman terhadap budaya dan konsep kitar semula perlu diterapkan kepada semua lapisan masyarakat bagi memastikan pembelaan alam sekitar tetap berterusan seiring dengan pemodenan pembangunan yang dikecapi," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:44
Maghrib 7:28
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.