saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 17/10/2014

Berbasikal jelajah kampung

PARA peserta acara kayuhan berbasikal sejauh 15 kilometer dari Kampung Sawah ke Kampung Melayu Raya di Pontian, baru-baru ini.

PONTIAN 16 Okt. - Jika sebelum ini Program Merakyatkan Seni Budaya anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian negeri memberikan tumpuan bagi memartabatkan sesuatu budaya dan seni tempatan, namun penganjuran di Kampung Melayu Raya, dekat sini baru-baru ini ada kelainan tersendiri.

Program sehari itu turut melibatkan aktiviti berbasikal, permainan sepak takraw, penyampaian bantuan kepada golongan kurang berkemampuan, pameran motosikal cantik dan pameran oleh jabatan dan agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Dengan nama 'Tanjung Piai Outdoor Gathering', program tersebut nyata berjaya menarik minat golongan belia untuk menyertai pelbagai aktiviti yang diadakan khususnya acara berbasikal seawal pukul 8.30 pagi.

Pengerusi Penganjur, Norafendi Jamian berkata, pihaknya telah mengundang lebih 10 kelab berbasikal tempatan yang diketuai oleh Pekan Nanas Bikers (PN Biker) sebagai penyelaras program.

Selain PN Biker, aktiviti berbasikal menjelajahi kampung-kampung turut disertai oleh Shimano Bicycle Team, CGS Biker, IPD Biker, Pontian Biker Club serta beberapa kelab lain.

Menurutnya, antara lokasi yang dikunjungi ialah Kampung Maju Jaya, Kampung Bakar Arang, Kampung Air Putih, Kampung Sawah, Kampung Sepakat Jaya dan Kampung Melayu Raya.

PENGUSAHA Batik alaf baru menunjukkan produk keluaran mereka di Dewan Raya, Kampung Melayu Raya, Pontian sempena Program Merakyatkan Seni Budaya anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Johor, baru-baru ini.

"Semasa di Kampung Sawah turut diadakan perlawanan sepak takraw antara belia Kampung Sawah bersama dengan pasukan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Zulkurnain Kamisan.

"Kehadiran beliau telah me-nyuntik semangat para pemain sepak takraw agar berusaha meningkatkan permainan mereka dengan berlatih bersungguh-sungguh supaya dapat mewakili negara kelak," katanya kepada Utusan Malaysia.

Norafendi yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tanjung Piai berkata, lokasi kunjungan seterus-nya ialah Balai Raya Maju Jaya untuk program penyampaian sumbangan kepada golongan ibu tunggal serta mereka yang kurang bernasib baik.

"Seramai 15 orang menerima sumbangan yang disampaikan oleh Zulkurnain sejajar dengan konsep pemimpin turun ke padang di samping bermesra dengan penduduk tempatan," katanya.

Menurut Norafendi, walaupun jarak kayuhan berbasikal hanya 15 kilometer, namun keadaan laluan yang berbukit memberikan cabaran kepada para peserta terutamanya bagi pengayuh baharu.

Katanya, berdasarkan sambutan yang diberikan oleh kelab-kelab berbasikal tempatan, pihaknya bercadang untuk menganjurkan program serupa namun meluaskan jarak laluan dan lokasi kunjungan pada masa akan datang.

"Laluan tersebut merupakan satu-satunya laluan berbukit di daerah Pontian yang mempunyai tarikan serta keistimewaan tersendiri menuju ke Gunung Pulai serta ke Hutan Lipur Gunung Pulai Dua.

"Di samping itu, kampung-kampung di persekitaran tersebut merupakan kawasan yang dikenali sebagai 'lembah buah-buahan' yang boleh dijadikan lokasi persinggahan apabila tiba musim buah-buahan," katanya.

Sementara itu, Zulkurnain dalam ucapannya memberitahu, program tersebut merupakan edisi kesembilan yang dianjurkan bersama NGO.

Beliau berkata, penglibatan golongan belia dalam program seperti itu dapat memberikan pendedahan kepada mereka untuk turut sama menyanjung serta menyayangi budaya dan adat resam kaum Melayu.

"Ini kerana, fokus dan minat belia pada hari ini amat berbeza. Mereka suka kepada sesuatu yang kreatif, suka kepada kebebasan, tidak suka dikongkong dan bebas membuat sesuatu tindakan. Mereka juga inginkan tindakan serta idea baharu yang diiktiraf oleh orang ramai," katanya.

Menurutnya, selain memberi peluang kepada semua pihak untuk sama berganding bahu dalam aktiviti gotong-royong yang telah sebati dengan masyarakat Melayu, program itu juga menampilkan budaya setempat kepada orang ramai.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zuhur 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:09
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.