saya nak baca ..

KAMPUS


ARKIB : 09/05/2012

75 peratus lepasan RANACO dapat kerja

Perarakan masuk ke Majlis Graduasi RETI dan RANACO Marine di Kemaman, Terengganu, baru-baru ini.

KEMAMAN 8 Mei - Seramai 809 graduan Institut Pendidikan dan Latihan RANACO (RETI) dan RANACO Marin menerima diploma dan juga sijil masing-masing pada Majlis Graduasi Kali Keempat di Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman, di sini baru-baru ini.

Daripada jumlah tersebut, seramai 610 merupakan pelatih dalam program diploma (RETI) dan 199 graduan Program Latihan Vokasional (VTP) yang terarah kepada industri marin.

Bagaimanapun, hanya 300 graduan dapat hadir kerana sebahagiannya sedang berkerja termasuk dalam pelayaran.

RANACO merupakan antara institusi pengajian tinggi swasta terbesar di negeri ini dengan bilangan pelajar melebihi 3,000.

Canselor RANACO, Datuk Ir. Abdul Hak Md. Amin yang juga Pengerusi Persatuan Pemilik Kapal Malaysia (MASA) menyempurnakan penyampaian diploma dan sijil.

Pada majlis itu, Anugerah Pelajar Cemerlang diterima oleh Muhammad Addin Mohd Asokan (pengurusan maritim), Zulfadhli Dzulikefli (kajian kargo marin), Mohd. Rozi Ismail (teknologi Kejuruteraan maritim), Estelle Khijan Innue (keselamatan dan kesihatan Pekerjaan) dan Rosmaliha Mat Noh (sistem pengurusan bersepadu).

Anugerah Pelajar Cemerlang Vokasional pula diterima oleh Mohd. Hanif Omar, Mohd. Ikram Fahmi Mohd. Nasir, Fatin Fakhriah Mohd. Zaid dan Mohd. Dzianis Izzuan Ismail.

Pada majlis itu juga, Ir. Abdul Hak melancarkan Yayasan Ramlan bagi menggerakkan program kemasyarakatan dan kebajikan.

Sempena majlis itu, yayasan tersebut memberi sumbangan kepada 25 anak yatim berbentuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bernilai RM100 setiap seorang dan bantuan barangan dapur bernilai RM200 kepada 15 keluarga miskin.

RANACO turut mendapat pengiktirafan Persatuan Pemilik Kapal Malaysia (MASA) atas kecemerlangan dalam melahirkan pekerja dalam sektor maritim.

Berucap pada majlis itu juga, Naib Canselor, Kapten Dr. Ramlan Ramli berkata, berdasarkan analisis Jabatan Bursa Industri, sebanyak 75 peratus graduan yang dilahirkan kumpulan RANACO telah memperoleh pekerjaan dalam bidang masing-masing.

''Malahan, pihak industri sendiri mengakui bahawa RANACO dan RETI banyak menyumbang kepada perkembangan bidang pendidikan dan sektor perkhidmatan, terutamanya dalam bidang-bidang kritikal yang dikehendaki oleh pasaran pekerjaan masa kini," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.