saya nak baca ..

KAMPUS


ARKIB : 26/07/2012

UTM B juara Robocon 2012

KEHEBATAN pasukan UTM B membolehkannya menjuarai Pertandingan Robocon 2012 Peringkat Kebangsaan.

KUALA TERENGGANU 25 Julai - Pasukan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) B membuktikan penguasaan berterusan institusi itu apabila menjuarai edisi ke-11 Pertandingan Robocon 2012 Kebangsaan, di sini baru-baru ini.

Dengan pencapaian itu, UTM muncul sebagai pemenang sebanyak lapan kali manakala tiga pertandingan lagi dikuasai Universiti Multimedia sejak pertandingan itu bermula pada 2002.

UTM B yang menewaskan pasukan Musang King dari Kolej Kemahiran Tinggi Mara Balik Pulau (KKTMBP), Pulau Pinang pada aksi final yang berlangsung di Stadium Negeri, membawa pulang wang tunai RM10,000.

Pasukan itu juga mendapat wang tunai insentif sumbangan Asia Pacific Broadcasting Union (ABU) bernilai AS$1,000 (RM3,160) dan piala iringan.

Dengan kejayaan tersebut, UTM B akan mewakili negara ke peringkat antarabangsa yang akan diadakan di Hong Kong, Ogos ini.

Naib johan pula menerima wang tunai RM7,000 beserta piala iringan, manakala tempat ketiga milik UTM A yang membawa pulang wang tunai RM3,000.

Pasukan UTM A juga menyerlah apabila dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Kejuruteraan Terbaik.

Anugerah Idea Terbaik dan Reka Bentuk Robot Terbaik masing-masing dimenangi oleh JTM Jebat R.C dari Institut Latihan Perindustrian Bukit Katil (ILPBK), Melaka dan Sprinta dari Universiti Teknologi Petronas (UTP), Perak.

Semua pemenang kategori tersebut menerima RM3,000 dan piala iringan yang disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah dan Presiden merangkap Ketua Eksekutif Institut Penyelidikan Piawaian dan Perindustrian Malaysia Bhd. (SIRIM Bhd.), Dr. Zainal Abidin Mohd. Yusof.

Pertandingan tahunan yang pertama kali diadakan di luar Lembah Klang itu berjaya menarik 61 penyertaan mewakili 43 institusi pengajian tinggi (IPT), institusi kemahiran dan latihan di seluruh negara.

Ia dianjurkan bersama kerajaan negeri, Kementerian Pengajian Tinggi, ABU, RTM dan SIRIM Bhd. dengan penyertaan 427 pelajar.

Dalam pada itu, ketua pasukan UTM, S. Yuvarajoo berkata, universiti itu menghantar tiga pasukan yang terdiri daripada 30 peserta untuk bertanding dalam kejohanan tersebut.

"Kami gembira kerana dua daripada tiga pasukan ini berjaya mendapat tempat pertama dan ketiga keseluruhan dan ini memberi semangat kepada kami untuk bersaing dengan pasukan dari seluruh dunia di Hong Kong nanti," katanya.

Menyentuh mengenai perjalanan pertandingan itu, setiap robot akan diperiksa oleh pihak SIRIM Berhad sebelum turun ke gelanggang.

Robot-robot tersebut akan melalui proses pengesahan terlebih dahulu dan melakukan semakan dimensi, voltan serta berat sebelum ditanda mengunakan teknologi terkini menerusi kaedah mengenal pasti radio frekuensi.

Jika robot yang dipertandingkan tidak menepati spesifikasi, peserta diminta membuat pengubahsuaian mengikuti kesesuaian dan menjalani ujian pengesahan sekali lagi.

Sebelum meneruskan pertandingan, semua peserta dikehendaki menguji tahap kemampuan dan kesesuaian robot mereka terhadap halangan di gelanggang seperti ujian larian, melalui terowong dan sensor yang digunakan untuk mengesan objek yang perlu diangkat robot.

Pertandingan dibahagikan kepada tiga kategori dengan setiap robot dikehendaki menyelesaikan tugasan mereka selama tiga minit di gelanggang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.