saya nak baca ..

KAMPUS


ARKIB : 20/09/2012

UiTM Terengganu rangkul tiga anugerah

DUNGUN 19 Sept. - Universiti Teknologi Mara (UiTM) Terengganu Kampus Dungun yang diwakili lima kumpulan merangkul tiga anugerah utama pada Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) UiTM Zon Timur di UiTM Kelantan, baru-baru ini.

Universiti itu antara lain muncul pemenang Anugerah Inovasi Terbaik Penjimatan Kos apabila kumpulan Unit Infotech berjaya menghasilkan inovasi dalam proses kerja yang menjimatkan kos sehingga RM50,000.

Kumpulan yang diwakili Perpustakaan UiTM Terengganu pula membawa pulang Anugerah Inovasi Terbaik Teknikal dengan mencipta alat yang membantu kerja-kerja penyeragaman pelabelan buku di perpustakaan.

Di samping itu, kumpulan ketiga yang diwakili Bahagian Hal Ehwal Akademik dianugerahkan Inovasi Terbaik Proses melalui usaha membangunkan laman web khas untuk pelajar melakukan pengesahan tamat pengajian secara online yang diberi nama Sistem i-Clearance.

Timbalan Rektor (PJI & Alumni), Prof. Madya Dr. Mazidah Puteh dalam kenyataan di sini hari ini mengucapkan tahniah dan merakamkan penghargaan kepada para peserta KIK yang berjaya membanggakan institusi itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.