saya nak baca ..

KAMPUS


ARKIB : 08/10/2012

Abang sebak terima ijazah adik

Muhammad Khairul Azmi melihat skrol ijazah sarjana milik arwah adiknya, Muhammad Khairul Anwar selepas majlis Konvokesyen UIAM Ke-28 di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 7 Okt. - Hanya perasaan sebak bercampur bangga menyelubungi Muhammad Khairul Azmi, 27, dari Brunei apabila hadir ke Majlis Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Ke-28 hari ini.

Ini kerana beliau hadir untuk menerima skrol ijazah sarjana bagi pihak adiknya, Muhammad Khairul Anwar Tahir yang meninggal dunia pada 20 Julai lalu.

Muhammad Khairul berkata, beliau terpaksa menggagahkan diri datang ke Malaysia demi memenuhi cita-cita adiknya itu.

''Walaupun beliau sudah tidak ada, saya percaya kehadiran saya untuk menerima ijazah bagi pihaknya mampu 'menggembirakan' arwah.

''Di sebalik kesedihan ini, saya tetap berbangga dengan pencapaian adik saya kerana memang menjadi cita-cita beliau untuk belajar di UIAM sejak kecil,'' katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Muhammad Khairul Anwar, 24, merupakan antara 12 petugas tentera yang terbunuh apabila sebuah helikopter milik Tentera Udara Diraja Brunei terhempas dengan kebanyakan mangsa terdiri daripada kadet tentera yang diterbangkan pulang selepas menjalani latihan di hutan.

Menurut Muhammad Khairul, adiknya yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Warisan Islam itu amat meminati bidang ketenteraan di samping tidak ketinggalan untuk mendalami ilmu agama.

Oleh sebab itu, katanya, arwah yang merupakan seorang pelajar tahfiz tidak mahu melepaskan peluang meneruskan pelajaran dalam bidang agama di UIAM dan menyertai Bahagian Jamaah Keagamaan Sekolah Pegawai Kadet Angkatan Tentera Diraja Brunei.

''Namun hasrat adik saya tidak kesampaian kerana beliau hanya sempat menjalani latihan ketenteraan selama empat bulan,'' katanya yang turut ditemani bapa saudaranya, Samsudin Omar.

Hari kedua majlis konvokesyen itu turut menyaksikan seramai 1,681 graduan menerima ijazah masing-masing yang disampaikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Acara konvokesyen kali ini juga cukup bertuah bagi Mohamed Khaled yang turut menyampaikan ijazah kepada anak beliau, Akmal Saufi yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang.

Yang turut menerima ijazah ialah anak kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, Husna yang mendapat Ijazah Sarjana Muda Sains Bioperubatan dan dua orang anak Rektor UIAM, Prof. Datuk Seri Dr. Zaleha Kamaruddin iaitu Muhammad Irfan Abdul Manaf dan Zati Ilham Abdul Manaf (Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang).

Majlis konvokesyen itu turut memberi ijazah kepada seorang pelajar orang kurang upaya (OKU), Muhammad Fahmi Mustafa, 23, yang lulus cemerlang dalam jurusan undang-undang.

Muhammad Fahmi yang berkerusi roda sejak usia 13 tahun akibat lemah urat saraf itu menyifatkan kejayaan beliau hari ini, mampu membakar semangat untuk terus berjaya dalam hidup tanpa menjadikan kecacatan fizikal sebagai penghalang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.