saya nak baca ..

KAMPUS


ARKIB : 15/10/2012

Anggap tugasan akademik menyeronokkan

Penerima Anugerah Profesor Emeritus UPM, (dari kiri) Amat Juhari Moain, Sheikh Omar Abdul Rahman, Rahim Md. Sail dan Abdul Rahman Md. Aroff pada Majlis Konvokesyen UPM ke-36 di Serdang, Selangor, semalam.

KUALA LUMPUR 14 Okt. - Penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) seharusnya menganggap setiap tugasan akademik sebagai kegiatan yang menyeronokkan dalam mengembangkan minda mereka.

Prof. Emeritus Datuk Dr. Sheikh Omar Abdul Rahman, 66, berkata, setiap cabaran terutamanya penuntut peringkat doktor falsafah (PhD) akan menjadi pengajaran berguna dalam mengharungi kehidupan.

Menurut beliau, penuntut IPT juga tidak boleh mudah berpuas hati dengan pencapaian sederhana sebaliknya berusaha mencapai kecemerlangan di tahap tertinggi.

"Mereka perlu memperbetulkan minda. Perasaan segan berada di hadapan hendaklah disingkirkan.

"Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke IPT, kita mesti rajin bertanya dan memikirkan persoalan besar serta cuba merungkai jawapannya tanpa terlalu bergantung kepada pensyarah," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menerima Anugerah Profesor Emeritus daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) pada Majlis Konvokesyen ke-36 UPM di Serdang, dekat sini hari ini.

Sheikh Omar yang pernah berkhidmat selama 38 tahun di UPM memegang jawatan terakhir sebagai Pengarah Bahagian Perancangan Korporat UPM sebelum bersara pada November tahun lalu.

Selain beliau, tiga penerima Anugerah Profesor Emeritus lain ialah Dr. Amat Juhari Moain, Dr. Abdul Rahman Md. Aroff dan Dr. Rahim Md. Sail.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan anugerah itu kepada kesemua penerima tersebut.

Pada majlis konvokesyen itu, dua pemain bola sepak kebangsaan, Bunyamin Omar dan Mahali Jasuli menerima Ijazah Sarjana Muda Sains Pembangunan Sumber Manusia setelah mengikuti pengajian tersebut di UPM sejak tiga tahun lalu.

Bunyamin, 24, memberitahu, jadual latihan dan perlawanan ketat bersama skuad Harimau Malaya dan Selangor tidak menjadi halangan kepadanya mengikuti pengajian sehingga mendapat segulung ijazah.

"Memang ada ketikanya jadual perlawanan dan peperiksaan bertembung, namun pensyarah-pensyarah memahami situasi saya dan membenarkan saya mengambil peperiksaan pada tarikh lain," ujarnya.

Sementara itu, Mahali, 23, berkata, atlet-atlet muda sewajarnya berusaha melanjutkan pengajian sehingga ke peringkat tertinggi sebagai jaminan masa depan.

"Kelulusan yang dimiliki boleh digunakan untuk mengintai peluang pekerjaan lain dalam bidang pengurusan sukan atau sektor korporat setelah kita tidak lagi bergelar atlet profesional," katanya.

Mahali yang juga pemain pertahanan Harimau Muda A menambah, kemudahan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) dewasa ini juga memudahkannya berhubung dengan pensyarah dan rakan sekuliah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.