saya nak baca ..

KAMPUS


ARKIB : 07/11/2012

UNIMAS menang 16 anugerah reka cipta

KUCHING 6 Nov. - Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) sekali lagi mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa apabila meraih 11 pingat emas dan lima anugerah khas pada Pameran Reka Cipta Britain (BIS) 2012.

Dalam kenyataan di sini hari ini, UNIMAS berkata, kejayaan ini memberi perangsang dan motivasi kepada para penyelidiknya untuk terus maju dalam bidang penyelidikan.

"UNIMAS berharap hasil reka cipta ini akan membuka ruang kepada kemungkinan ia dikomersialkan untuk menjana pendapatan bagi universiti ini dan meletakkan UNIMAS pada kedudukan lebih tinggi dalam kalangan institusi pengajian tinggi di Malaysia," kata kenyataan itu.

BIS 2011 yang berlangsung di London dari 24 hingga 27 Oktober lalu, dianjurkan British Inventors Society (BIS) dan mempamerkan hasil ciptaan pereka cipta, pencipta pembaharuan, ahli akademik, institusi penyelidikan dan usahawan terkemuka dari seluruh dunia.

Delegasi UNIMAS ke BIS 2012, yang diketuai naib canselor Prof. Datuk Dr. Khairuddin Ab. Hamid, mempamerkan 11 ciptaan dan meraih lima anugerah khas, dengan satu daripadanya yang bertajuk Wearable Sleeping Bag, ciptaan kumpulan diketuai Norhayati Suleiman, memenangi satu Diamond Award, satu Double Gold dan Romania Diploma Certificate Award.

Dua lagi Double Gold Award dimenangi projek yang diketuai Dr. Edmund Ng Giap Weng dan Prof. Madya Dr. Nazlina Shaari melalui penyelidikan bertajuk Mobile ARUT Android Browser Version 1.0 dan Eco-Modarnt:Utilizing Sago Effluent for Natural Dye Process.

UNIMAS juga memenangi pingat emas melalui projek yang dihasilkan Prof. Dr. Khairul Aidil Azlin Abdul Rahman bertajuk Bio Bamboo Car Accessories and i-Bamboo Veneer; projek Prof. Madya Dr. Nazlina Shaari (Eco-Modarnt:Utiling Sago Effluent for Natural Dye Process) dan projek Prof. Madya Dr. Zainab Ngaini (Fire Resist Sound Absorbing Sago Panel and Silcat:Biocatalyst for Biodiesel).

Pingat emas lain dimenangi melalui projek Dr. Edmund Ng Giap Weng (Mobile Augmented Reality Solat System and Mobile ARUT Android Browser Version 1.0); projek Prof. Madya Dr. Lo May Chiun (TourScape: An Integrated Systematic Approach to Manage Tourism Destinations); projek Dr. Azham Zulkharnain (Just add Water-Chemical Assay Kit); projek Norhayati Suleiman (Wearable Sleeping Bag) dan projek Mohd. Razali Othman (ENAICMS-Counselling Management System). - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:10
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.