saya nak baca ..

KAMPUS


ARKIB : 08/04/2013

Anugerah diraja

Tengku Meriam Sultan Ahmad Shah menunjukkan Ijazah Doktor Kehormat yang diterimanya daripada Universiti Limkokwing di Pahang, baru-baru ini.

BARU-baru ini, Universiti Limkokwing menganugerah Ijazah Doktor Kehormat Universiti Limkokwing kepada Tengku Puteri Seri Lela Wangsa Pahang, Tengku Tan Sri Meriam Sultan Ahmad Shah di atas sumbangan besar beliau dalam kerja-kerja kemasyarakatan.

Pengurniaan anugerah itu atas di atas sumbangan dan komitmen beliau dalam pembangunan kanak-kanak seperti yang dilaksanakan di Institut Tengku Ampuan Afzan (Intaz) dimana baginda berperanan menguruskan institut tersebut.

Pihak universiti menggambarkan baginda sebagai pencetus inspirasi kepada rakyat Malaysia dan menyanjungi usaha baginda dalam melaksanakan tanggungjawab yang dianggap amat mendalam dalam menyediakan kebajikan yang sempurna untuk kanak-kanak tanpa sempadan.

Ini terbukti dengan bermulanya usaha beliau pada tahun 1995, beliau mengubah suai kediaman di Kuantan, Pahang bagi mengerakkan operasi Intaz dengan matlamat menyediakan tempat kediaman yang selesa kepada kanak-kanak malang.

Sumbangan itu tidak hanya kepada menyediakan kemudahan dan sokongan, malah beliau sentiasa mengutamakan hal-hal kebajikan dan berusaha mencari alternatif lebih berkesan bagi membantu golongan kanak-kanak dan ibu bapa yang memerlukan bantuan.

Beliau berminat dalam bidang pembangunan sahsiah cemerlang kanak-kanak dan mempelajari in-utero development dimana program itu menekankan aspek pengaruh kepada perkembangan kanak-kanak bermula ketika sebelum kelahiran.

Bagi menghadapi cabaran kepada usaha itu, beliau mempelajari isu budaya kanak-kanak global, bekerjasama dengan pakar tempatan dan seorang pakar Amerika Syarikat yang diperkenalkan kepada Intaz.

Hasil usaha itu amat menggalakan dan memberi reaksi positif di mana kanak-kanak yang dikenal pasti bermasalah menunjukkan tindak balas kepada rawatan yang disediakan di Intaz.

Dua kanak-kanak yang hilang upaya berjalan sudah mula menunjukkan reaksi positif. malah kanak-kanak yang menderita sindrom down juga sudah mampu membaca dan menulis pada usia empat tahun.

Kini, beliau berhasrat meluaskan program Intaz dan berkongsi programnya itu dengan negeri lain.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.