saya nak baca ..

KAMPUS


ARKIB : 21/05/2013

Jangan jadi kacang lupakan kulit

SEBAHAGIAN daripada graduan cemerlang gembira bersama ijazah masing-masing selepas Majlis Istiadat Konvokesyen UiTM kali Ke-78 di Dungun, kelmarin.

DUNGUN 20 Mei - Para graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) diseru sentiasa bersikap mengenang budi dan membalas keistimewaan yang mereka terima dengan membawa kebaikan kepada agama, bangsa dan negara.

Pro-Canselor UiTM, Tan Sri Nuraizah Abdul Hamid berkata, dengan kedudukan dan jawatan yang disandang kelak, mereka perlu bersama membimbing masyarakat ke arah kehidupan yang lebih sejahtera.

Menurutnya, terlalu banyak keistimewaan yang telah diberi oleh kerajaan kepada pelajar yang mungkin mereka tidak sedari di samping penekanan ke arah pembentukan jati diri agar tidak lupa dari mana mereka bermula.

"Mereka juga telah diserapkan dengan nilai-nilai murni supaya apabila tamat pengajian nanti, menjadi seorang yang berguna kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara," katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Istiadat Konvokesyen UiTM kali Ke-78 di Hotel UiTM Dungun di sini semalam.

Pada majlis itu, beliau menganugerahkan ijazah sarjana muda dan diploma kepada 1,357 orang pelajar UiTM yang mengambil pelbagai bidang kursus termasuk 12 orang graduan yang cemerlang menerima Anugerah Naib Canselor.

Ditanya mengenai penglibatan sesetengah lepasan UiTM yang turut terjejak dengan demonstrasi jalanan, Nuraizah menjelaskan, mereka berhak untuk berpolitik tetapi janganlah bersikap keterlaluan sehingga mencetuskan suasana tidak tenteram dan membimbangkan.

"Kita tidak boleh menghalang jika mereka ingin menceburi mana-mana parti politik tetapi saya menyeru mereka tidak menyertai demonstrasi jalanan yang boleh membahayakan diri sendiri serta menyusahkan masyarakat yang cintakan keharmonian.

"Sebab itulah saya menekankan agar mereka mempunyai sifat tanggungjawab terhadap masyarakat yang sangat tinggi dan tingkah laku yang kurang sopan kita tidak galakkan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:19
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.