saya nak baca ..

KAMPUS


ARKIB : 18/10/2013

Mohd. Noh dilantik semula Naib Canselor UTHM

KUALA LUMPUR 17 Okt. - Jawatan Datuk Prof. Dr. Mohd. Noh Dalimin sebagai Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) disambung selama dua tahun lagi berkuat kuasa semalam.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataannya memberitahu, pelantikan semula Mohd. Noh adalah berdasarkan pencapaian cemerlang beliau dalam memastikan proses transformasi dari sebuah kolej universiti kepada universiti.

Mohd. Noh yang merupakan anak kelahiran Johor mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Pintas Raya dan Limpoon Primary English School, seterusnya di Sultan Sulaiman English School dan Sekolah Menengah Batu Pahat.

Antara pencapaian akademik beliau adalah memperolehi ijazah dalam bidang Fizik daripada Universiti Gadjah Mada, Indonesia; Sarjana (Sains) dalam bidang Solid State Physics daripada Bedford College, University of London dan ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang Experimental Solid State Physics, Imperial College London.

Beliau pernah memegang jawatan Dekan dan Timbalan Dekan di Fakulti Sains dan Teknologi serta Fakulti Sains dan Alam Semulajadi, Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebelum dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor dan Naib Canselor UMS.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.