saya nak baca ..

KAMPUS


ARKIB : 06/01/2014

Insan gelandangan dibantu

MAHASISWA lelaki juga terlibat dalam membantu golongan gelandangan dalam menyediakan makanan roti sandwic.

WALAUPUN Malaysia sudah mencapai kemajuan dan rakyat kini mengecapi pelbagai nikmat hasil kemakmuran negara, namun masih ada insan-insan kurang bernasib yang terpaksa hidup dalam serba kekurangan.

Kerana kekurangan tersebut hidup mereka tidak sempurna dan ada yang menjadi insan gelandangan dengan kaki lima jalan menjadi 'kediaman' mereka.

Sama ada disebabkan salah memilih jalan hidup atau nasib yang kurang menyebelahi membuatkan mereka kadang-kadang disisihkan oleh masyarakat dan ada yang memandang hina pada golongan itu.

Dalam usaha membantu golongan tersebut Kolej Komuniti Hulu Langat (KKHL) dengan kerjasama Pertiwi Soup Kitchen baru-baru ini telah menganjurkan program Sesuap Nasi, Seteguk Air di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Matlamat program tersebut ialah untuk menghulurkan sumbangan kepada golongan gelandangan di sekitar ibu negara dan bagi menyampaikan mesej bahawa masih ada pihak yang prihatin dengan nasib mereka.

Seramai 40 orang sukarelawan yang terdiri daripada pelajar dan kakitangan KKHL terlibat dalam program ini melibatkan aktiviti gotong-royong menyediakan roti sandwich dan sosej serta pelbagai barangan keperluan lain untuk diagihkan kepada golongan berkenaan.

Makanan yang disediakan telah diagihkan di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur bermula pada pukul 8 malam dan berakhir pada pukul 10.30 malam. Para sukarelawan KKHL mengagihkan selimut kepada gelandangan hasil sumbangan orang ramai.

Program yang dianjurkan ini menjadi pengalaman berharga terutamanya kepada pelajar supaya sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dinikmati kini selain memberi kesedaran kepada para sukarelawan tentang kehidupan golongan tersebut.

Program tersebut turut mendapat sokongan penuh daripada Pengarah Kolej Komuniti Hulu Langat, Ho Siew Lan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:44
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.