saya nak baca ..

KAMPUS


ARKIB : 15/02/2014

UiTM Lendu angkat imej ‘Media dan Warisan’

DEMI mengangkat tema ‘Media dan Warisan’ di negara ini, seramai 304 mahasiswa tahun akhir Diploma Komunikasi Massa dan Media, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu bekerjasama menganjurkan program MERGE Exhibition 2014 di Dataran Keris, Alor Gajah, Melaka baru-baru ini.

Melalui 10 ruang pameran yang setiap satunya dibuka untuk membawa 10 teras dalam komunikasi massa, MERGE iaitu singkatan perkataan Media and Heritage secara tidak langsung berjaya membawa pengertian kepada konotasi perpaduan masyarakat dalam negara ini.

Mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dan Tourism Malaysia Melaka, program ini menyaksikan pelbagai warisan negara dipamerkan untuk promosi serta usaha pendidikan berterusan, di samping menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk dimiliki para pengunjung.

Bukan itu sahaja, pengunjung turut disajikan dengan tarian, persembahan alat muzik, peragaan dan permainan tradisional seperti terompah gergasi, tapak gajah dan yo-yo kaum Cina.

Ketua projek pameran, Noor Zuhaireen Zulaika Zakaria, 21, berkata, persiapan untuk penganjuran program ini telah bermula sejak empat bulan lalu.

"Sebagai pelajar komunikasi massa, saya berharap ruang-ruang pameran yang disediakan ini mampu menarik kunjungan pelajar. Alhamdulillah, apa yang dihasratkan telahpun tercapai," katanya sambil memberitahu pameran itu secara tidak langsung dapat menghidupkan kembali warisan negara, menambah ilmu pengetahuan sekali gus menghiburkan masyarakat setempat.

Menarik untuk diperkatakan, demonstrasi pembuatan kraftangan, kehadiran pelukis jalanan seperti Sazalisaid, persembahan brass band dengan menggunakan instrumen-instrumen seperti tong-tong kosong telah berjaya membuka mata banyak pihak bahawa warisan Malaysia adalah pelbagai serta tidak terikat dengan apa yang diwarisi secara turun temurun sahaja. - DHIYA ZULHILMI DAUD/JAMAL HIKMI MUHAMMAD NAZARI

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.