saya nak baca ..

KAMPUS


ARKIB : 17/05/2014

Aspirasi Felda dan UniKL MICET

MAHASISWA UniKL MICET bergotong royong membersihkan kelas di sekolah agama KAFA.

Seramai 36 penuntut Universiti Kuala Lumpur (UniKL) MICET diiringi oleh pensyarah berwibawa, Razak Mohd Yusoff menyertai program Aspirasi Bersama Felda selama dua hari yang bermula dari 26 hingga 27 April 2014 yang lalu.

Program itu telah diadakan di Felda Sungai Panching Timur, Kuantan, Pahang. Untuk memastikan perjalanan program berjalan lancar, persiapan awal telah diadakan sehari sebelum program itu bermula. Program itu melibatkan peserta, wakil Felda dan penduduk kampung yang saling membantu menjayakan program yang dirasmikan oleh Pengurus Felda Sungai Panching Timur, Roslan Kumin.

Menurut kenyataan UniKL MICET, antara aktiviti yang digerakkan sepanjang program itu berlangsung adalah gotong-royong membersihkan kawasan kampung. Para peserta telah dibahagikan kepada empat kumpulan dan kawasan yang terlibat adalah sekolah agama KAFA dan masjid, kubur, taman permainan kanak-kanak serta bilik Gerakan Persatuan Wanita (GPW).

Dalam pada itu, taman permainan kanak-kanak diceriakan lagi dengan lukisan mural di dinding yang bertemakan logo program.

ROMBONGAN UniKL MICET turut melawat Kilang Kelapa Sawit Lepar Hilir di Gambang.

"Gotong-royong ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara peserta dan penduduk, di samping menambah keceriaan kampung," kata kenyataan itu kepada .com .

Program diteruskan dengan lawatan ke Kilang Kelapa Sawit Lepar Hilir, Gambang selepas makan tengah hari dan solat Zohor. Tujuan lawatan ini adalah untuk mempelajari dan mengetahui pengurusan yang dilakukan oleh pihak kilang sewaktu beroperasi. Taklimat dan ceramah mengenai pengurusan kilang disampaikan oleh Harris Fadzielah Mat Desa dan Baharudin Abdul Manan selaku wakil daripada pihak kilang.

Taklimat merangkumi sejarah mengenai kilang, pengurusan kilang dan maklumat mengenai pemprosesan kelapa sawit. Selain itu, para peserta dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk melihat lebih dekat bagaimana kelapa sawit diproses seperti bagaimana buah kelapa sawit dipilih sehingga terhasilnya produk minyak sawit mentah, isi sawit dan sebagainya.

Untuk memeriahkan program, satu pertandingan futsal yang mana peserta dikehendaki memakai kain pelikat telah diadakan pada 27 April lalu.

"Pemain futsal terdiri daripada penduduk kampung dan peserta program. Sebanyak lima kumpulan menyertai pertandingan tersebut dan ia terdiri daripada dua wakil UniKL MICET serta tiga wakil Felda yang mana pertandingan diadakan secara kalah mati," katanya.

Pertandingan futsal tersebut telah dimenangi oleh kumpulan belia dari Felda Sungai Panching Timur. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Roslan, sekaligus menutup program tersebut.

Ternyata program itu telah dilaksanakan dengan jayanya dan para peserta serta warga Felda berharap agar banyak lagi program seperti ini dapat dijalankan pada masa akan datang.

- MOHD ASHAZIQ ABU BAKAR

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:13
Asar 4:38
Maghrib 7:22
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.