saya nak baca ..

KAMPUS


ARKIB : 07/06/2014

UPM universiti Asia pertama peroleh akreditasi TEAC

KUALA LUMPUR 6 Jun - Universiti Putra Malaysia (UPM) menjadi institusi pengajian tinggi pertama di Asia yang menerima akreditasi untuk program pendidikan guru daripada badan antarabangsa, Majlis Akreditasi Pendidikan Guru (TEAC) yang berpusat di Amerika Syarikat (AS).

Pengiktirafan itu meletakkan program pendidikan guru di UPM setanding dengan program serupa di beberapa buah universiti terkemuka AS yang mendapat akreditasi TEAC seperti University of Virginia, University of Nebraska, University of Michigan, Temple University dan Rutgers University.

Naib Canselor UPM, Prof. Datuk Dr. Fauzi Ramlan berkata, pemberian akreditasi tersebut melibatkan proses komprehensif yang telah dijalankan selama tiga tahun bagi memenuhi kriteria standard TEAC iaitu badan yang diiktiraf oleh Jabatan Pendidikan AS dan Majlis Akreditasi Pendidikan Tinggi negara itu.

"Universiti yang menerima pengiktirafan tersebut perlu melalui proses pemantauan secara berterusan oleh TEAC selama lima tahun berturut-turut bagi mengekalkan pengiktirafan akreditasi yang diterima.

"Penganugerahan yang diterima bagi program Ijazah Pendidikan, Fakulti Pengajian Pendidikan itu menjadikan UPM sebagai institusi pengajian yang cemerlang dalam melahirkan graduan di peringkat antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sijil akreditasi berkenaan disampaikan oleh Presiden Majlis Pentauliahan Persediaan Pengajar (CAEP), James G. Cibulka di Washington, AS, baru-baru ini.

Tambah Fauzi, pihaknya akan terus terus komited untuk memberikan pendidikan berkualiti kepada pelajar seiring dengan pembangunan sistem pendidikan negara ke arah menjana modal insan bermutu tinggi dan berdaya saing.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.