saya nak baca ..

KAMPUS


ARKIB : 11/10/2014

UKM, Ikmas terbit buku biografi Dr. Ishak Shari

Zakri Abdul hamid (kanan) menunjukkan buku Ishak Shari, Pejuang Bumi Semua Manusia sambil disaksikan oleh balu Allahyarham, Rashidah Mohd. Dali (dua dari kiri) dan anak sulungnya, Adi Suria Ishak (kiri) pada majlis pelancarannya di UKM, Bangi, Selangor, semalam. Turut sama, Noor Azlan Ghazali (dua dari kanan) dan Rashila Ramli . - UTUSAN/MOHD NOOR MAT AMIN

KUALA LUMPUR 10 Okt. - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (Ikmas) mengambil inisiatif mengabadikan perjuangan dan kisah hidup bekas Pengarah Ikmas, Allahyarham Prof. Dr. Ishak Shari menerusi penghasilan sebuah biografi bertajuk Ishak Shari, Pejuang Bumi Semua Manusia.

Biografi setebal 310 halaman itu telah dilancarkan oleh Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Zakri Abdul Hamid di Bangunan Canselori UKM, di sini hari ini.

Zakri berkata, biografi tersebut mencerminkan pemikiran dan ideologi serta pandangan peribadi Ishak terhadap ketidakadilan, kemiskinan dan ketidaksamaan yang berlaku dalam kalangan masyarakat.

"Ia juga merupakan satu wadah pembacaan yang menarik yang mengisahkan latar belakang keluarga, sejarah pendidikan, perkhidmatan dan pemikiran Ishak sebagai seorang tokoh ilmuwan.

"Dengan lahirnya biografi ini diharapkan dapat menjadi penghargaan tertinggi kepada Ishak atas jasa baik dan sumbangan beliau kepada masyarakat," katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran biografi tersebut.

Yang turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, Prof. Emeritus Datuk Ir. Dr. Zawawi Ismail; Naib Canselor UKM, Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali; Pengarah Ikmas, Prof. Dr. Rashila Ramli; Felo Utama Ikmas, Prof. Emeritus Datuk Dr. Abdul Rahman Embong dan pengarang biografi tersebut, Muhamed Salleh Lamry.

Abdul Rahman berkata, Ishak merupakan insan istimewa yang memiliki sifat pemimpin yang wajar menjadi contoh kepada masyarakat khususnya golongan muda.

"Seperti yang dinyatakan dalam biografi ini, Ishak merupakan seorang sarjana, pemikir dan intelek-tual awam yang telah memberi sumbangan penting kepada bidang pendidikan serta pembangunan negara melalui peranannya semasa bertugas di dalam dan luar UKM.

"Biografi ini turut memaparkan Ishak sebagai insan yang sentiasa ceria dan senang ketawa. Beliau juga seorang yang berfikiran terbuka, sahabat setia, suami memahami dan bapa yang berteladan," katanya.

Biografi Ishak Shari, Pejuang Bumi Semua Manusia mengandungi 31 bab dan terbahagi kepada tujuh bahagian di samping memaparkan 58 keping gambar yang mempunyai nilai sejarah tersendiri.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:36
Maghrib 7:26
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.