saya nak baca ..

KAMPUS


ARKIB : 12/10/2014

'Berbudi kepada masyarakat'

TENGKU Abdullah Sultan Ahmad Shah beramah mesra dengan penerima anugerah cemerlang pada Majlis Konvokesyen Ke-9 UMP di Kuantan, Pahang, semalam. Turut kelihatan, penerima Anugerah Kecemerlangan Yayasan Pahang, Rahimah Embong (kanan). - MINGGUAN/MAHATHIR ALI

KUANTAN 11 Okt. - Setiap graduan perlu memupuk kesedaran dan keinsafan yang tinggi untuk kembali berbudi kepada masyarakat selepas memperoleh kejayaan.

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, ibarat peribahasa Melayu 'benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau', yang merujuk kepada keteguhan peribadi dan ketulenan jati diri seseorang graduan yang menerima asuhan sejak kecil dan perlu berbudi serta berjasa dengan memastikan kehadirannya memberi manfaat kepada masyarakat.

"Saya percaya tiada ibu bapa tidak berasa bangga dan bersyu­kur melihat kejayaan anak dalam majlis konvokesyen ini, rasa syu­kur itu adalah cerminan terhadap usaha serta keringat dicurahkan bagi membesarkan anak sehingga bergelar graduan.

"Dengan bekalan asuhan nilai di rumah, ditambah pendidikan formal di sekolah dan universiti, maka graduan perlu mempunyai kese­daran serta keinsafan tinggi untuk kembali berbudi.

"Pesanan saya kepada graduan semua, di mana jua saudara dan saudari berada dan berkhidmat selepas ini, kehadiran anda seharusnya memberi manfaat kepada masyarakat di sekitar anda," titah baginda pada Majlis Konvokesyen Ke-9 UMP di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Datuk Mohd. Hilmey Mohd. Taib dan Naib Canselor UMP, Profesor Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim.

Menurut Tengku Abdullah, konvokesyen kesembilan UMP itu adalah satu manifestasi kecemerlangan lestari universiti yang mencapai usia 12 tahun penubuhan sebagai sebuah institusi pengajian tinggi awam.

"Pelbagai pencapaian dan kejayaan diraih UMP seperti dilaporkan oleh Naib Canselor membuktikan bahawa universiti ini berada pada landasan tepat untuk menjadi sebuah universiti teknologi pilihan utama.

"Pengiktirafan diberi Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) yang mengiktiraf UMP sebagai universiti terbaik di Asia pastinya berkait rapat dengan keunikan struktur pengajian kejuruteraan dan teknologi di universiti ini," titah baginda.

Tengku Abdullah percaya kejayaan itu dicapai hasil kebijaksa-naan kepimpinan pihak pengurusan, kewibawaan tenaga akademik dan pentadbir selain kesedaran tinggi mahasiswa UMP terhadap tanggungjawab serta kewajipan mereka.

"Kejayaan dicapai pada hari ini adalah satu cabaran buat Lembaga Pengarah dan pihak pengurusan UMP bagi mengekalkan kecemerlangan kerana untuk mengekalkannya adalah lebih sukar daripada menciptanya.

"Kejayaan sesebuah organisasi seperti UMP ini tentunya menuntut pembabitan semua warga UMP sama ada kakitangan dan mahasiswa untuk bersama-sama menggembleng usaha mencipta kejayaan," titah baginda.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.