saya nak baca ..

KAMPUS


ARKIB : 12/10/2014

Pelajar cemerlang sedih terima anugerah tanpa kehadiran ibu bapa

KEJAYAAN dua pasang kembar yang memperoleh ijazah masingmasing, Sharifah Syazwana Syed Hashim (kiri) dan Sharifah Syazwani serta pasangan Abdul Aziz Shafie (kanan) dan Abdul Hashim menarik perhatian ramai pada Konvokesyen UMP di Kuantan, semalam.

KUANTAN 11 Okt. - Tiada apa yang lebih bermakna bagi seorang graduan apabila ibu bapa hadir menyaksikan mereka menerima ijazah di majlis konvokesyen selepas bertungkuslumus menamatkan pengajian.

Bagaimanapun, situasi itu tidak berlaku kepada pelajar cemerlang, Rahimah Embong, 23, dari Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam, Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang dipilih sebagai penerima Anugerah Kecemerlangan Yayasan Pahang pada Majlis Konvokesyen Kesembilan UMP di sini hari ini.

Anak bongsu daripada empat beradik itu sebak sebaik sahaja namanya diumumkan sebagai salah seorang penerima daripada 15 anugerah tertinggi yang menjadi idaman setiap pelajar kerana kedua ibu bapanya tidak hadir pada hari bersejarah itu akibat kemalangan jalan raya tiga hari lalu.

Menurut Rahimah, dia cukup terkilan apabila hasrat ayahnya, Embong Ali, 64, dan ibu, Jawyah Che Omar, 58, tidak kesampaian selepas keduaduanya cedera akibat kemalangan di Kemaman, Terengganu.

"Saya sedih sebab ayah sangat berhajat untuk menyaksikan saya naik pentas menerima ijazah ini. Ayah baru sedar dari koma semalam selepas mengalami kecederaan di dada dan muka.

"Sebaik sahaja sedar, ayah beritahu dia mahu hadir ke majlis konvokesyen saya walaupun dengan berkerusi roda tetapi kami sekeluarga terpaksa melarang. Kami bimbang ayah pengsan kerana kesihatan ayah tidak stabil," katanya sambil menitiskan air mata ketika ditemui pemberita di sini.

Rahimah antara 2,493 graduan yang menerima ijazah dan diploma masingmasing pada majlis konvokesyen yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini.

Dalam pada itu, dua sahabat karib, J. Saravanan, 23, dan Mohd. Fathil Mohd. Ismail, 23, turut dianugerahkan Anugerah Pingat Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) pada majlis konvokesyen itu.

Keduadua mereka yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan dari Fakulti Sains dan Teknologi Industri sering belajar bersama tidak menyangka akan dipilih sebagai penerima pingat tertinggi itu bagi kategori bumiputera dan bukan bumiputera.

Selain itu, pendaki gunung Everest, Myrza Fasha Md. Hamyruddin, 23, yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Elektronik) turut menerima anugerah Wirawati Everest.

Myrza Fasha merupakan pendaki Ekspedisi Projek Everest Felda 2013 oleh Kelab Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia.

Sementara itu, kejayaan dua pasangan kembar seiras yang memperolehi ijazah sarjana muda masingmasing pada majlis konvokesyen itu mencuri tumpuan ramai.

Sharifah Syazwana Syed Hashim, 23, dan pasangan kembarnya, Sharifah Syazwani dari Bangi, Selangor mengikuti pengajian dalam bidang sama iaitu Ijazah Sarjana Muda (kepujian) Kejuruteraan Awam di Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam.

Bagaimanapun, pasangan Abdul Aziz Shafie, 24 dan adiknya, Abdul Hashim dari Gua Musang, Kelantan mempunyai minat yang berbeza apabila masingmasing memilih bidang berlainan iaitu Ijazah Sarjana Muda Mekanikal Am dan Ijazah Sarjana Muda Sistem Kuasa.

Menurut Sharifah Syazwana, mereka bersyukur dapat menamatkan pengajian dan mendapat pekerjaan bersamasama di bawah satu bumbung.

"Saya bersyukur sejak dilahirkan kami ditakdirkan sentiasa bersama iaitu dari tadika, sekolah, matrikulasi, universiti dan kini bekerja sebagai jurutera di syarikat yang sama," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:13
Asar 4:38
Maghrib 7:22
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.