saya nak baca ..

KAMPUS


ARKIB : 13/10/2014

PEA 2014 iktiraf usahawan Politeknik Malaysia

Datuk Nasir Mat Dam (tengah) bersama dengan usahawan-usahawan Politeknik Malaysia pada PEA 2014 di Melaka, baru-baru ini.

Dalam memastikan bidang keusahawanan diperkasakan di Politeknik Malaysia, Pusat Keusahawanan Politeknik Malaysia (MPEC), Bahagian Pembangunan Pelajar Jabatan Pengajian Politeknik telah berjaya menganjurkan Anugerah Politeknik Malaysia 2014 atau Polytechnic Entrepreneurship Awards (PEA 2014)di Melaka baru-baru ini.

Majlis PEA 2014 mengiktiraf kejayaan pengurusan, kakitangan akademik dan bukan akademik serta pelajar di 33 buah Politeknik Malaysia di seluruh negara yang berjaya dalam bidang keusahawanan.

Pada majlis itu, sebanyak dua puluh satu buah politeknik telah menghantar penyertaan untuk pencalonan dalam pelbagai kategori PEA 2014.

PEA 2014 yang diadakan julung-julung kalinya itu telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan, Sektor Pengajian Tinggi Datuk Nasir Mat Dam yang mewakili Ketua Setiusaha II, Kementerian Pendidikan (KPM), Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Strategik JPP, Shabudin Man; Ketua Unit Keusahawanan, Sektor Pengajian Tinggi KPM, Datin Dr. Syahira Hamidon; Pengarah Bahagian Pembangunan Pelajar, Mohamad Isa Azhari dan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik, Datuk Mohlis Jaafar.

PEA 2014 merupakan program terbesar anjuran MPEC dengan kerjasama Politeknik Merlimau Melaka, Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan dan Politeknik Melaka.

Antara anugerah yang dipertandingkan ialah Anugerah Usahawan Kampus Politeknik Terbaik, Anugerah Usahawan Graduan Politeknik Terbaik, Anugerah Mentor Usahawan Politeknik Terbaik, Anugerah Unit Keusahawanan Politeknik Terbaik dan Anugerah Khas Politeknik Terbaik dalam Keusahawanan 2014.

Anugerah Politeknik Terbaik Dalam Keusahawanan PEA 2014 dimenangi oleh Politeknik Kota Bahru (PKB), manakala tempat kedua pula dimenangi Politeknik Merlimau Melaka (PMK) dan tempat ketiga disandang Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) manakala Anugerah Unit Keusahawanan Politeknik Terbaik pula dirangkul oleh Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.

Sementara itu, Anugerah Mentor Usahawan Politeknik Terbaik pula dimenangi Cik Rabi’ah Seman dari PMK mengalahkan dua lagi calon akhir Norsyarizaini Abd. Mutalib dari PTSS dan Adiebah Ahmad dari Politeknik Seberang Perai yang masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga.

Anugerah Usahawan Graduan Politeknik Terbaik pula dimenangi graduan dari Politeknik Nilai Negeri Sembilan, Muhammad Afiq Mohamad dengan syarikatnya Afiq Tech Computer di ikuti Nurul Nadheera Jahangirali (Nadheera Enterprise) dari Politeknik Seberang Perai di tempat kedua dan Choong Jee Xian (J Tech Enterprise) dari Politeknik Melaka di tempat ketiga.

Manakala Anugerah Usahawan Kampus Politeknik Terbaik menjadi milik Muhammad Faizal Firdaus Latip dengan syarikatnya Faizal & Latip Enterprise dari Politeknik Sultan Salahuddin Abd. Aziz Shah, ditempat kedua disandang Mohamad Solihin Ismail (Mus Bundle, MS Billion Enterprise) dari Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin dan tempat ketiga dimenangi oleh Nur Shamim Shamsuddin (BVR Marketing) dari Politeknik Kota Bahru, Kelantan.

Pemenang-pemenang setiap kategori ini akan mewakili Jabatan Pengajian Politeknik ke pertandingan keusahawanan peringkat kebangsaan anjuran Kementerian Pendidikan yang akan berlangsung pada tahun hadapan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:59
Zohor 1:21
Asar 4:22
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.