saya nak baca ..

KAMPUS


ARKIB : 13/10/2014

Inovasi penghalau serangga

Para penerima anugerah Emas bersama sijil dan plak sempena majlis INATEX 2014 di UTM, Skudai, Johor Bahru, baru-baru ini. - Gambar RAJA JAAFAR ALI

Rimas dihurung lalat ketika di kedai makan atau di pasar borong, usah risau kini ada produk baharu ciptaan Profesor Madya Dr. Ida Idayu Muhamad yang boleh menghalau semua jenis serangga melalui semburan atau dengan kaedah pembungkusan.

Produk yang memenangi geran penyelidikan bernilai RM100,000 dalam Anugerah Best of the Best Inatex 2014 ini selamat digunakan waima disemburkan terus kepada bahan makanan atau tubuh badan manusia kerana ia dihasilkan daripada serai wangi, bukan menggunakan bahan kimia atau sintetik berbahaya.

Menurut pensyarah Fakulti Kejuruteraan Kimia Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu, produk ciptaannya mempunyai pelbagai guna terutama dalam aspek pembungkusan dan pengesanan kebocoran mikro pada pembungkus tersebut.

“Produk ini boleh digunakan secara komersial dan meluas untuk menghalau serangga sama ada di ladang pertanian, di premis perniagaan mahupun pada kotak pembungkusan hadiah premium.

“Malah produk ini juga boleh dijadikan minyak wangi yang pada masa sama boleh menghindarkan pakaian atau tubuh kita daripada gangguan serangga," katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah kemenangan beliau dalam Inatex 2014 di UTM, Skudai, Johor baru-baru ini

Di sektor perladangan, kata Ida Idayu, pembungkus yang telah disembur dengan produk ini boleh diguna semula untuk penjimatan kos.

“Saya masih dalam peringkat perbincangan dengan sebuah syarikat perladangan untuk menggunakan produk inovasi ini dalam pembungkusan buah-buahan di ladang agar bebas daripada gangguan serangga atau ulat," katanya.

Bagi kegunaan di premis perniagaan pula, jelas Ida Idayu, produknya boleh digunakan di pasar basah, di kedai makan, pasar raya atau gudang penyimpanan beras, gula dan gandum.

“Pembungkus yang dilengkapi produk ini bukan sahaja dapat menghalau serangga malah dapat mengesan kebocoran mikro yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.

“Apabila ada kebocoran, pembungkus akan bertukar warna sebagai indikator untuk membolehkannya diganti baru.

“Oleh sebab itu, makanan atau barang keperluan harian akan bebas dariapada ancaman serangga dan boleh kekal elok untuk jangka masa lebih lama," ujarnya.

Selain itu, kata Ida Idayu, penghasilan kotak pembungkus hadiah premium menggunakan produknya akan dapat keaslian hadiah yang mahal dan bernilai tinggi itu daripada dimakan oleh anai-anai atau diganggu gugat oleh serangga lain.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.