saya nak baca ..

KAMPUS


ARKIB : 14/10/2014

IPT perlu wujudkan iklim ilmu seperti sebuah taman - Raja Nazrin

SULTAN Nazrin Muizzuddin Shah menyampaikan Ijazah Kehormat Doktor Hubungan Antarabangsa kepada Tan Sri Ahmad Kamil Jaafar semasa Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya Ke-53 di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Institusi pengajian tinggi (IPT) negara perlu menjadi gedung yang berupaya melahirkan graduan berminda terbuka dengan mewujudkan iklim ilmu serta persekitaran pembelajaran bersifat seperti sebuah taman, bukannya menjadikan universiti seumpama ladang.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, dalam usaha melahirkan graduan berminda terbuka, pentadbiran universiti perlu mencerminkan karakter sebuah taman yang di dalamnya terkandung kepelbagaian flora dan fauna baik dari segi bentuk, saiz, bau mahu pun rupa.

Titah baginda, minda terbuka adalah aset kerana dengan pemikiran tersebut lahirnya persefahaman, keharmonian, berupaya memerdekakan jiwa individu daripada sikap prejudis, menyuburkan sifat toleransi, melahirkan idea baharu dan membantu mengukuhkan amalan demokrasi.

"Universiti jangan sama sekali memiliki identiti ladang. Ladang menumpukan tanaman yang terbatas, serupa dan sama, disusun menurut kontur dan barisan yang tegar. Dituai hasilnya secara bermusim, diracun dan dibunuh tumbuhan lain yang cuba menjalar di persekitaran ladang.

"Universiti hendaklah memiliki identiti sebuah taman yang me­ngandungi kekayaan pelbagai flora dan fauna, hidup subur dan segar dari pepohon besar kepada tumbuhan renek, merimbun lagi melata dengan pelbagai bentuk, saiz, warna dan bauan," titah baginda di sini hari ini.

Sultan Nazrin bertitah demikian semasa Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya (UM) Ke-53 yang diadakan serentak bersempena pe­masyhuran baginda sebagai Canselor UM keempat bagi menggantikan ayahandanya, Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah yang mangkat Mei lalu.

Pada majlis istiadat tersebut juga, bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Ramli Ngah Talib turut dimasyhurkan sebagai Pro Canselor UM sebagai pengiktirafan terhadap pengetahuan dan pengalaman beliau dalam bidang ilmu yang diyakini dapat memanfaatkan UM.

Pada konvokesyen kali ini, seramai 5,257 graduan akan menerima diploma dan ijazah masing-masing dengan dua tokoh, Tan Sri Ahmad Kamil Jaafar dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Hubungan Antarabangsa manakala Datuk Rasammah Noami (Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan).

Selain itu, dua graduan yang memperoleh keputusan cemerlang sepanjang pengajian mereka pula akan menerima Anugerah Pelajaran Diraja iaitu Izhar Mustaqin Madisa, graduan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Seni Bina serta Lim Dwem Wei, graduan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi.

Dalam pada itu Sultan Nazrin bertitah, para pensyarah juga hendaklah memiliki prinsip dan hikmah bagi menyuburkan sesebuah taman ilmu dengan memiliki karakter penjaga taman iaitu tidak menebang dahan atau mencabut akar sebaliknya hanya memotong ranting yang reput.

"Universiti adalah gedung terkumpulnya khazanah ilmu dan modal intelek. Khazanah intelek perlu diurus tadbir dengan minda terbuka, inovatif lagi kritikal manakala modal intelek pula harus dilaburkan melalui budaya yang berupaya memerdekakan idea baharu," titah baginda.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.