saya nak baca ..

KAMPUS


ARKIB : 15/10/2014

13 agensi tandatangani MoU

MOHD. Ghaus Ab. Kadir (dua dari kiri) dan Timbalan Ketua Pengarah Program Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi, Agensi Nuklear Malaysia, Dr. Muhd Noor Muhd Yunus (dua dari kanan) sambil diperhatikan Pengarah Politeknik Nilai, Tajuddin Abdul Rashid (kiri sekali) pada sesi pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman antara Jabatan Pengajian Politeknik dan Agensi Nuklear Malaysia di Politeknik Nilai, Negeri Sembilan, semalam.

SEREMBAN 14 Okt. - Sebanyak 13 agensi daripada industri awam dan kerajaan hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Politeknik Nilai bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta latihan.

Pengarah Kanan (Akademik) Jabatan Pengajian Politeknik, Mohd. Ghaus Ab. Kadir berkata, agensi yang terlibat ialah Agensi Nuklear Malaysia, Kolej Komuniti Jempol, Kolej Komuniti Tampin, Kolej Komuniti Jelebu, Kolej Komuniti Rembau, USS Engineering, KM Capital Group Berhad dan Majlis Belia Felda Wilayah Trolak.

"Turut terlibat My Enzyme Sdn. Bhd., Social Enterprise Malaysia, VVision Sdn. Bhd., Pearl Haya Sdn. Bhd. dan Yusdy Agency dari MCIS Insurance Berhad," katanya.

Beliau berkata," demikian ketika berucap pada majlis pemeteraian kerjasama Politeknik Nilai bersama industri dan agensi kerajaan di politeknik berkenaan di sini hari ini.

Menurutnya, penyertaan agensi dalam MoU tahun ini meningkat berbanding hanya dua agensi pada tahun lalu.

Mohd. Ghaus berkata, kerjasama itu akan memberi nilai tambah kepada proses pendidikan dan latihan sekali gus meningkatkan kualiti lulusan yang dilahirkan.

"Politeknik seluruh Malaysia sudah pun bekerjasama dengan lebih 8,000 syarikat dalam latihan industri pelajar dan sangkutan industri pensyarah.

"Usaha ini juga bertepatan dengan inisiatif hala tuju transformasi politeknik bagi memantapkan kua­liti pengajaran dalam bidang tujahan yang bertunjangkan kekuatan setiap politeknik," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.