saya nak baca ..

KAMPUS


ARKIB : 15/10/2014

Tepati permintaan pasaran

JOHOR BAHRU 14 Okt. - Kumpulan Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor (KPYPJ) diminta memastikan program pengajian yang ditawarkan menepati kehendak dan kepentingan pertumbuhan ekonomi di negeri ini terutamanya dalam sektor tenaga, minyak dan gas serta pelancongan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, program baharu ditawarkan yang berteraskan kejuruteraan minyak dan gas seperti pembinaan paip gas, kimpalan, keselamatan dan sebagainya boleh diperkenalkan KPYPJ sama ada di Kolej Komuniti YPJ mahupun KYPJ.

"Perkembangan ini juga bermakna pendidikan berteraskan teknikal dan vokasional akan mengambil tempat di KPYPJ. Ini kerana Johor ketika ini sangat memerlukan guna tenaga yang sesuai bagi menyokong pertumbuhan ekonominya terutama dalam bidang berkenaan.

"Saya berkeyakinan Johor berpotensi untuk menjadi penyumbang utama kepada keperluan tenaga kerja teknikal dan vokasional di arena antarabangsa suatu masa kelak selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan negeri ini sebagai hab pendidikan teknikal dan vokasional," katanya semasa merasmikan Majlis Konvokesyen KPYPJ Ke-17, di sini baru-baru ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Md. Jais Sarday.

Seramai 605 graduan KPYPJ menerima sijil dan diploma masing-masing pada majlis berkenaan.

Daripada jumlah tersebut, 316 orang adalah graduan peringkat diploma dan sijil Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ), manakala bakinya seramai 289 orang terdiri daripada graduan Kolej Komuniti YPJ (KKYPJ).

Sekolah Hospitaliti dan Pelancongan (SHP) menjadi penyumbang terbesar graduan dengan seramai 137 orang, diikuti Sekolah Kejuruteraan Sains Kreatif (SKSK) 114 orang dan KKYPJ Johor Bahru seramai 101 graduan.

Lain-lain terdiri daripada Sekolah Pengurusan Sains Sosial (SPSS) iaitu seramai 65 graduan, KKYPJ Segamat (62), KKYPJ Muar (50), KKYPJ Batu Pahat (38), KKYPJ Kota Tinggi (28) dan KKYPJ Kluang (10)," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.