saya nak baca ..

KAMPUS


ARKIB : 15/10/2014

Politeknik lahirkan graduan berkualiti

KUCHING 14 Okt. - Politeknik Kuching berjaya mencapai sasaran melahirkan graduan berkualiti bagi memenuhi permintaan pasaran kerja apabila mencatatkan kadar boleh kerja sebanyak 79.6 peratus tahun ini.

Sasaran itu dapat dicapai hasil daripada budaya inovasi yang diserapkan kepada kakitangan dan penuntutnya, sekali gus meningkat kemampuan teknikal serta produktiviti di institusi pengajian tinggi (IPT) tersebut.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga negeri, Datuk Fatimah Abdullah berkata, adalah menjadi harapan setiap ibu bapa melihat anak-anak yang dihantar melanjutkan pengajian ke IPT akan memperoleh pekerjaan setelah tamat pengajian.

"Ini (peluang mendapat pekerjaan) merupakan kerisauan kepada kita khasnya ibu bapa apabila menghantar anak-anak melanjutkan pengajian ke IPT.

"Selesai pengajian, semua kita mengharapkan anak-anak akan mendapat pekerjaan bagi menjamin masa depan," katanya ketika berucap merasmikan majlis penutup Festival Inovasi di Politeknik Kuching di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir, Pengarah Politeknik Kuching, Clara Ong Guat Leng; Pengarah Kanan (Akademik) Jabatan Pengajiannya, Mohd. Ghaus Ab. Kadir; Timbalan Pengarah Akademiknya, Mohd. Anuar Dris dan Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan negeri, Freda Abdul Latif.

Menurut Fatimah, pencapaian Politeknik Kuching itu pasti akan meningkatkan keyakinan masyarakat terdapat mutu pembelajaran berkualiti di pusat pengajian tersebut.

Dalam pada itu, beliau turut gembira apabila penuntut wanita di politeknik itu kini berjumlah 2,074 orang atau 42 peratus daripada keseluruhan penuntut, manakala kakitangan wanita pula seramai 223 orang iaitu 46 peratus berbanding kakitangan lelaki yang berjumlah 226 orang .

"Jika dahulu, bidang pengajian di politeknik terutama kejuruteraan akan dikuasai oleh penuntut lelaki sahaja, namun sekarang bilangan penuntut wanita di situ sudah semakin meningkat dan ini petunjuk yang amat baik," katanya.

Mengenai inovasi, Fatimah berkata, budaya itu harus giat diserapkan dalam masyarakat kerana boleh menggalakkan seseorang membuat sesuatu dengan cara berbeza demi menghasilkan produk baharu yang terbaik.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan tahniah kepada Politeknik Kuching kerana projek inovasi penuntutnya berjaya memenangi beberapa anugerah pada peringkat kebangsaan baru-baru ini.

Antaranya projek gajet keselamatan untuk komputer jenama Lenovo yang dipertandingkan di Konvesyen Karnival Inovasi Kebangsaan (KIK) Politeknik di Merlimau, Melaka yang memenangi status emas.

Satu lagi kejayaan ialah projek @th Evaluator v2.0 yang merupakan sistem komunikasi dan penilaian menggunakan gajet telefon pintar memenangi pingat emas di Persidangan Pertandingan dan Pameran 2014 di Politeknik Seberang Prai, Pulau Pinang. Kedua-dua produk terbabit telah diberikan dihak cipta oleh politeknik.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:58
Zohor 1:21
Asar 4:20
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.