saya nak baca ..

KAMPUS


ARKIB : 15/10/2014

UTM komersialkan 57 hasil kajian, daftar 3,816 hak harta intelek

PARA penerima Anugerah Emas bersama sijil dan plak sempena majlis Inatex 2014 di UTM, Skudai, Johor Bahru, baru-baru ini.

JOHOR BAHRU 14 Okt. - Sebanyak 57 hasil inovasi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dikomersialkan hingga kini, sekali gus memberi jumlah pendapatan kasar sebanyak RM12 juta.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Ir. Wahid Omar berkata, pihak universiti juga telah mendaftarkan sebanyak 3,816 hak harta intelek produk-produk hasil inovasi dan penyelidikan yang dijalankan mereka.

Menurutnya, kejayaan itu hasil usaha kerajaan yang memberikan tumpuan dan galakan penuh terhadap bidang penyelidikan di peringkat institusi pengajian tinggi (IPT) dan membuktikannya mempunyai masa depan cerah untuk dikomersialkan.

"Bagi UTM, pameran Reka Cipta Industri dan Teknologi (Inatex) banyak memainkan peranan dalam memastikan produk penyelidikan dan pembangunan yang berpotensi untuk dikomersialkan dapat dipamer kepada pihak industri.

"Inatex merupakan program tahunan UTM yang bertujuan mempromosikan hasil inovasi dan teknologi terkini dibangunkan kita," katanya pada Majlis Penutupan Inatex UTM 2014, di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Ir. Mohd. Azraai Kassim dan Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), Prof. Dr. Ruzairi Abdul Rahim.

Pada majlis itu, sebanyak 58 produk inovasi dan penyelidikan oleh tenaga akademik UTM dipamerkan pada Inatex kali ini yang berlangsung selama tiga hari baru-baru ini.

Pameran yang bertema Komersialisasi Lestari Melalui Penyelidikan dan Pembangunan Inovatif membabitkan antaranya bidang penyelidikan bioteknologi, kimia, sains sosial, tenaga dan teknologi alam sekitar.

Wahid berkata, Inatex juga dianjurkan untuk memberi ruang kepada pakar-pakar di UTM untuk berinteraksi dengan masyarakat setempat, sekali gus berkongsi pelbagai ilmu baharu dan teknologi terkini dalam pasaran.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:20
Asar 4:36
Maghrib 7:26
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.