saya nak baca ..

KAMPUS


ARKIB : 15/10/2014

Jalinan mesra UUM-Orang Asli

KUANTAN 14 Okt. - Mahasiwa Universiti Utara Malaysia (UUM) cawangan Kuala Lumpur baru-baru ini mengadakan Program Jalinan Mesra Bersama Masyarakat Orang Asli di Pos Sungai Kelang, Raub dekat sini.

Pengarah Projek Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) UUM Kuala Lumpur, Asisten Superitendan Mohd. Nazlan Othman berkata, program khidmat masyarakat ini adalah bagi memenuhi syarat Kursus Pembangunan Masyarakat.

"Program ini ternyata dapat mendedahkan penuntut kaedah mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik di luar bilik kuliah.

"Selain memberi sumbangan kepada masyarakat, program ini juga dapat melahirkan warganegara yang patriotik, mesra, prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut beliau, majlis penutup program tersebut disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Talam, Datuk Abd. Aziz Mat Kiram.

Katanya, pelbagai acara menarik telah dilaksanakan antaranya, pemeriksaan kesihatan, pameran, ceramah kesihatan, ceramah lalu lintas, pertandingan menganyam, menyumpit dan mewarna.

"Pihak penganjur berharap agar program ini dapat membawa manfaat kepada semua pihak yang terlibat khususnya kepada masyarakat Orang Asli melalui aktiviti yang dijalankan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.