saya nak baca ..

KAMPUS


ARKIB : 15/10/2014

HAC UiTM bantu persiapan pelajar bakal duduki SPM

MACHANG 14 Okt. - Kelab Pencapaian Tertinggi Dalam Pembelajaran (HAC) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kelantan meneruskan tradisinya membantu para pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di negeri ini.

Kali ini, sebanyak 40 ahli kelab tersebut mengadakan program motivasi 'HAC School Attack 11 : Get Ready, Here We Come!' di Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah 2 di sini.

Pengarah projeknya, Mohamad Nor Azizi Yusoff berkata, dalam program ini, kesemua ahli HAC menjadi fasilitator kepada 90 pelajar tingkatan lima sekolah tersebut.

"Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM mengenai syarat kemasukan ke UiTM.

"Selain memberi pendedahan tentang syarat serta kursus-kursus yang ditawarkan di UiTM, pihak HAC juga mendedahkan kaedah pembelajaran yang menarik tentang cara-cara belajar Matematik dan Bahasa Inggeris secara berkesan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Mohamad Nor Azizi berkata, program tersebut juga bertujuan me-rangsang pelajar supaya mempunyai hala tuju selepas menamatkan persekolahan kelak.

"Kita berusaha untuk meningkatkan kesedaran pelajar dengan memberikan gambaran lebih jelas mengenai keadaan persekitaran pembelajaran di pusat pengajian tinggi," katanya.

Tambah beliau, pihaknya berhasrat menjadikan sekolah tersebut sebagai anak angkat dan akan meneruskan usaha memberi pendedahan mengenai UiTM secara bersiri di seluruh negeri ini.

Sementara itu, Pengetua SMK Hamzah 2, Tuan Abdullah Mat berkata, pihaknya akan terus menjalinkan kerjasama bersama HAC pada masa akan datang.

"Program ini membuahkan hasil yang memberangsangkan apabila mendapat maklum balas positif daripada pelajar yang terlibat.

"Diharap dengan pendedahan ini, para pelajar dapat belajar dengan lebih tekun serta memasang cita-cita dan impian untuk menjejakkan kaki ke menara gading," jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.