saya nak baca ..

KAMPUS


ARKIB : 15/10/2014

Atlet pencak silat ungguli anugerah sukan USIM

SEREMBAN 14 Okt. - Dua atlet pencak silat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dinobatkan sebagai olahragawan dan olahragawati pada Majlis Anugerah Sukan USIM 2013 yang diadakan di Dewan Besar USIM, dekat sini baru-baru ini.

Majlis anjuran Pusat Sukan USIM itu menyaksikan penuntut Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Mohd Ali Imran Che Hashim dipilih sebagai Olahragawan USIM 2013, manakala Nurul Amalina Subkhi, penuntut Fakulti Syariah dan Undang-undang pula menerima anugerah Olahragawati USIM 2013.

Anugerah itu disampaikan atas prestasi cemerlang Mohd Ali Imran yang menyumbang pingat perak dalam Kejohanan Silat Majlis Sukan Universiti-universiti Malaysia (Masum) 2013, manakala Nurul Amalina menggondol pingat emas dalam Kejohanan Silat Piala Timbalan Perdana Menteri.

Sebanyak 20 anugerah disampaikan pada majlis berkenaan yang merupakan platform bagi menghargai sumbangan dan komitmen warga USIM yang mempamerkan kecemerlangan dari segi prestasi serta pencapaian dalam pembangunan sukan di USIM sepanjang tahun lalu di peringkat domestik mahupun antarabangsa.

Sementara itu bagi kategori kakitangan, Norizat Nordin dari Jabatan Keselamatan USIM terpilih untuk menerima anugerah olahragawan, manakala Wan Azura Radzuan dari Jabatan Perpustakaan dipilih untuk menerima Anugerah Olahragawati Staf USIM 2013.

Norizat merupakan atlet Bola Tampar yang menghadiahkan pingat gangsa dalam Kejohanan Bola Tampar Majlis Sukan Kakitangan Kerajaan (MAKSAK) 2013 dan Wan Azura kini berstatus Master Tenpin Boling dalam Kejohanan Sukan Kakitangan Universiti-universiti Malaysia (Sukum).

Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Dr. Musa Ahmad berkata, anugerah itu adalah sebagai menyahut saranan Kementerian Pendidikan dalam melahirkan 'Thinking Athletes' yang merupakan tunjang utama dalam meningkatkan sahsiah penuntut yang seimbang dalam akademik dan sukan.

"Pengiktirafan dan penghargaan Majlis Anugerah sebegini, diharapkan para atlet sukan USIM akan dapat meneruskan kecemerlangan dan pencapaian terbaik serta memberikan saingan yang lebih sengit kepada institusi pengajian tinggi lain,'' katanya.

Antara anugerah lain yang disampaikan dalam majlis tersebut termasuk Anugerah Khas Pencapaian Cemerlang 2012, Anugerah Bintang Harapan, Anugerah Pengurus Terbaik, Anugerah Jurulatih Terbaik, Anugerah Pasukan Terbaik dan Anugerah Pasukan Harapan.

Pada majlis sama, Pengerusi Lembaga Pengarah USIM, Profesor Emeritus Tan Sri Datuk Dr. Abdul Shukor Husin diberikan penghargaan Anugerah Tokoh Sukan atas komitmen tinggi beliau yang sentiasa memberi sokongan, kerjasama dan membantu pembangunan sukan di USIM khususnya ketika menjadi Naib Canselor USIM.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zuhur 1:12
Asar 4:35
Maghrib 7:08
Isyak 8:23



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.