saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 06/07/2012

Minyak sawit merah

Terlibat dalam dunia masakan ini mendedahkan saya dengan pelbagai kajian dan ciptaan tentang makanan. Saya amat teruja apabila seorang pensyarah yang juga seorang kenalan saya, Dr Azwan Lazim yang bertugas di Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan Universiti Kebangsaan Malaysia mengundang saya menjalankan penyelidikan bersama tentang minyak sawit merah.

Pasti ada yang tertanya-tanya kerana tidak biasa mendengar nama minyak ini. Jika di pasaran ia dikenali sebagai minyak Carotino.

Tidak banyak promosi tentang minyak sawit merah di negara ini. Walaupun harganya sedikit mahal di pasaran tapi percayalah minyak ini sangat berkhasiat.

Minyak sawit merah sebenarnya diperoleh daripada buah kelapa sawit. Minyak ini berwarna merah kerana kandungan beta karotenanya (sebatian warna merah) yang sangat tinggi dikekalkan dan tidak dilunturkan dalam pemprosesannya.

Minyak kelapa sawit yang biasa anda gunakan yang berwarna kuning itu telah menjalani proses pelunturan warna dan sebagainya.

Karotena juga terdapat pada buah-buahan yang berwarna merah seperti tomato dan lobak merah. Tahukah anda bahawa kandungan karotena dalam minyak kelapa sawit merah 15 kali lebih banyak daripada lobak merah dan 300 kali ganda berbanding tomato.

Karotena adalah nutrien penting dan akan menukar vitamin A dalam badan kita. Kekurangan vitamin A akan menyebabkan kerabunan serta kerosakan mata lain yang serius, kelemahan tulang, kurang daya tahan penyakit dan kelembapan mental.

Karotena memerlukan minyak untuk membentuk vitamin A dalam badan kita. Jadi minyak kelapa sawit merah ini agak istimewa kerana dapat membantu karotena menukar menjadi vitamin A.

Minyak ini bukan sahaja memberikan asid lemak utama untuk pertumbuhan malah ia juga membekalkan pelbagai vitamin seperti vitamin E, anti oksida dan fitonutrien yang bagus untuk kesihatan dan dapat mencegah penyakit.

Anti oksida seperti vitamin E ini membantu menentang penyakit jantung, menurunkan tahap kolesterol jahat, meneutralkan radikal bebas dan mencegah kanser.

Jadi dengan menambah minyak sawit mentah ke dalam makanan, anda dapat memperkayakan kandungan asid lemak Omega 3 dan Omega 6.

Kedua-dua asid lemak ini dapat membantu mengurangkan risiko sakit jantung, menurunkan tahap trigliserida, menurunkan tekanan darah, mengurangkan pembekuan darah dan meningkatkan fungsi imunisasi.

Selain itu minyak ini sangat digalakkan untuk diet ibu yang sedang mengandung dan sedang menyusu bayi.

Ini kerana minyak sawit merah dapat membantu merangsang perkembangan otak janin yang dikandung dan meningkatkan kandungan vitamin A dalam susu ibu yang menyusu bayi sebanyak dua hingga tiga kali ganda.

Minyak sawit merah sangat sesuai untuk memasak, sebagai minyak salad dan membuat pastri seperti kek.

Kandungan vitamin E yang tinggi dalam minyak Carotino diperakui dapat memelihara minyak ini dari cepat menjadi tengik dan tahan lebih lama.

Selain itu ia mengandungi 50 peratus asid lemak tepu 40 peratus asid lemak mono tidak tepu dan 10 peratus asid lemak politepu.

Kandungan ini menjadikan minyak ini sangat tahan dan stabil pada suhu tinggi sehingga 225 darjah Celsius di mana kesannya ia tidak mudah teroksida dan dapat mengelakkan tosik berlaku jika memasak dengan suhu yang tinggi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:10
Asar 4:33
Maghrib 7:06
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.