saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 19/07/2012

perjuangan ibu tunggal

Pitrah di bawah kelolaan Khadijah amat menitikberatkan kebajikan anak-anak ibu tunggal.

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah bidalan yang sesuai untuk menggambarkan keadaan ibu tunggal yang terpaksa berjuang seorang diri untuk keluarga.

Biarpun ada segelintir masyarakat memandang serong golongan itu, namun bagi Khadijah Masrah, 58, statusnya sebagai ibu tunggal bukanlah penghalang untuk meneruskan hidup.

Bahkan katanya, status itu menjadi pendorong untuk dia terus melangkah ke hadapan.

Buktinya, usahanya menubuhkan Persatuan Ibu Tunggal Rangkaian Hati (Pitrah) yang meniti usia lima tahun sekarang semakin mendapat perhatian umum.

Ditanya bagaimana tercetusnya idea penubuhan Pitrah, Khadijah yang lebih dikenali sebagai Mak Jah berkata, dia sendiri merupakan seorang ibu tunggal yang mempunyai anak lapan orang dan tiga orang cucu.

"Justeru, saya tahu rasa keperitan yang dialami oleh kebanyakan ibu tunggal. Atas kesedaran inilah, saya menubuhkan Pitrah untuk membela nasib ibu tunggal yang kurang mendapat penjagaan dan perhatian wajar," katanya.

Menariknya, hasil usaha Pitrah yang berterusan dapat melahirkanPusat Latihan Usahawan dan Perusahaan Makanan Pitrah yang beroperasi di Seksyen 1, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Antara aktiviti yang dianjurkan Pitrah ialah kompang, nasyid dan silat dari Kelab Permata Fitrah yang dipimpin dan dikendalikan oleh anak-anak ibu tunggal.

Selain memperjuangkan nasib ibu-ibu tunggal yang terabai, wanita yang berasal dari Hulu Langat, Selangor itu ingin meningkatkan tahap kesedaran ibu tunggal agar membantu antara satu sama lain dengan memajukan diri serta kecemerlangan anak-anak Pitrah.

Khadijah juga berterusan memberi pendedahan tentang undang-undang keluarga Islam dan langkah untuk mendapatkan pengadilan tanpa peguam terhadap golongan itu sekiranya ada yang memerlukan bantuan.

"Dengan tertubuhnya Pitrah, secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan tahap ekonomi ibu tunggal dengan kemahiran dan kelebihan masing-masing menerusi perusahaan produk makanan. Juga dapat berkongsi masalah dan pengalaman selain mencari jalan penyelesaian dengan bermuafakat bagi mengatasi kurang keyakinan diri di kalangan ahli-ahlinya.

"Rasa kurang percaya pada diri serta sifat pasif sangat menebal dalam diri kebanyakan ibu tunggal. Oleh itu, saya inginkan mereka mengubah pemikiran mereka ke arah yang lebih positif," katanya.

Khadijah sebelum ini telah mengikuti Kursus Pengurusan Pertubuhan Peringkat Negeri Selangor 2007 di Kelab Shah Alam. Hasil kesungguhannya, Lembaga Zakat Selangor telah menganugerahkan Anugerah Asnaf Cemerlang 2012 kepadanya, baru-baru ini.

Bagi Khadijah, dia ikhlas untuk berusaha membantu golongan ibu tunggal meningkatkan taraf hidup dan ekonomi ibu-ibu tunggal lain seperti mengadakan tuisyen kepada anak-anak ibu tunggal, kelas nasyid, marhaban dan sebagainya.

"Dalam usaha memperjuangkan nasib ibu tunggal, terdapat beberapa kekangan yang tertentu. Antaranya, kami masih tidak mempunyai bangunan tetap untuk aktiviti ahli dan anak-anak Pitrah.

"Justeru kami memohon mana-mana badan korporat yang berminat untuk memberi sumbangan ikhlas untuk meringankan beban yang dihadapi oleh Pitrah. Buat masa sekarang, kami hanya menyewa pusat kegiatan Pitrah yang terletak di Counsil Homes, Jalan 6/3, Seksyen 16, Bandar Baru Bangi, Selangor," katanya.

Bagi yang ingin membantu meringankan beban Pitrah, boleh menghubungi Khadijah di talian 03-89275554 atau 019-2922024.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.