saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 03/08/2012

Program rakan niaga

Hanizah Zainuddin menunjukkan sebahagian daripada produk D'or Rue Sdn. Bhd.

SEMBILAN daripada 10 punca rezeki datang dari perniagaan. Bagaimanapun memulakan perniagaan bukan suatu yang mudah kerana ia memerlukan modal.

Namun kini modal bukan lagi alasan untuk tidak berniaga. Koperasi Jaringan Usahawan Selangor Berhad (Kojaring) dengan kerjasama syarikat pengeluar produk kraf logam bumiputera, D'or Rue Sdn. Bhd. menyediakan modal sehingga RM30,000 untuk individu yang berminat bergelar usahawan.

Menariknya, modal yang disalurkan melalui Program Rakan Niaga Kojaring dan D'or Rue bukan sahaja memberikan wang tunai sehingga RM7,500, malah emas tulen 999 70 gram di samping produk emas saduran bernilai sehingga RM17,600 sebagai produk jualan untuk memulakan perniagaan.

"Jongkong emas tulen yang diberikan sebagai modal tersebut digunakan bagi tujuan cagaran kepada pinjaman program ini yang disalurkan oleh Tekun Nasional. Emas ini akan disimpan oleh pihak koperasi dan akan dipulangkan semula dengan nilai tinggi selepas pinjaman selesai dibayar.

"Secara tidak langsung, mereka bukan sahaja memperoleh modal untuk berniaga malah sekali gus melabur emas dengan nilai tambah sehingga 30 peratus setahun," kata Pengerusi Kojaring, Latif Kachong.

Terdapat dua jenis program ditawarkan iaitu Rakan Niaga Perunding Emas (RNPRE) dan Rakan Niaga Pengurus Emas (RNPE).

Dengan bayaran balik serendah RM121 sebulan selama 60 bulan, usahawan yang berdaftar di bawah program itu akan menerima 17 faedah sampingan antaranya komisyen jualan secara tunai, over-riding komisen jualan, komisen belian balik, insentif memperkenalkan rakan usahawan, insurans dan banyak lagi.

"Selain itu, usahawan yang berdaftar di bawah program ini secara automatik akan menjadi ahli koperasi dan layak menerima dividen tahunan serta saham koperasi," tambahnya.

Sementara di pihak D'or Rue pula, usahawan akan mendapat 50 peratus diskaun belian produk kraf yang membolehkan pendapatan keuntungan sehingga 100 peratus apabila dipasarkan.

"Kami juga menyediakan latihan perniagaan dari semasa ke semasa, khidmat selepas jualan dan lain-lain lagi," kata Pengarah Urusan D'or Rue, Hanizah Zainuddin.

Antara produk kraf D'or Rue termasuklah aksesori fesyen, cenderahati korporat dan perhiasan berkonsep tradisional serta kontemporari.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.