saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 04/08/2012

Matahari terbenam 10 malam, berbuka selepas 19 jam

Rafiz Aziz (baju Melayu hitam) tidak risau tentang juadah berbuka selera Melayu kerana terdapat kedai menjual rempah ratus dan bahan-bahan yang diperlukan di Athlone, Ireland.

HIDUP merantau jauh di negara orang memerlukan setiap individu bijak menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran yang berlaku.

Perubahan itu tidak sekadar pergaulan dengan masyarakat setempat, malah turut melibatkan perubahan cuaca, waktu siang atau malam yang lebih panjang, makanan, budaya dan lain-lain.

Apatah lagi jika 'penghijrahan' sementara itu baru sahaja berlaku iaitu sebulan dua yang lalu.

Inilah yang berlaku kepada Rafiz Aziz, 37, dan isterinya, Julinawati Suanda, 35, yang kini menetap di Athlone, Ireland.

Rafiz ketika ditemubual melalui laman sosial Facebook berkata, beliau mengikut isterinya menyambung pelajaran di peringkat ijazah doktor falsafah di Athlone Institute of Technology pada 6 Mei 2012 yang lalu.

"Kami baru sangat berada di sini. Jadi, tak banyak yang boleh diceritakan kecuali pengalaman pertama kali berpuasa di rantau orang," katanya.

Pasangan suami isteri ini turut membawa dua cahaya mata mereka, Muhd Rafiz Jazman, 6, dan Muhd Rayyan Jazril, 3, untuk tinggal bersama mereka di sana.

Berpuasa di Ireland kata Rafiz agak mencabar kerana tempoh berpuasa yang panjang iaitu sekitar 19 jam.

"Sekarang ini musim panas, puasa pula agak panjang iaitu sekitar 19 jam. Waktu imsak sekitar pukul 3 pagi dan berbuka pada kira-kira pukul 10 malam.

"Itulah cabarannya tetapi setakat hari ini, alhamdulillah, kami dapat menempuhnya tanpa masalah.

"Walaupun cuaca panas tetapi tidaklah pula kami berasa terlalu lapar dan dahaga," katanya yang memberitahu juadah berbuka puasa dimasak sendiri oleh mereka berdua.

Menurutnya, semua lauk-pauk dan kuih-muih disediakan sendiri oleh mereka suami isteri di rumah dan jika ada pun juadah yang dibeli, biasanya ia dibeli di kedai Arab dan India Muslim yang terdapat di sana.

"Sesekali kami beli nasi beriani, kebab, roti nan dan tandoori di kedai-kedai tersebut," ujarnya.

Menjawab soalan adakah mudah mendapatkan bekalan ayam dan daging halal, selain rempah ratus untuk menyediakan masakan Melayu, katanya kesemua itu boleh dibeli di kedai India Muslim.

"Begitu juga rempah ratus, kebanyakannya kami beli dari kedai India Muslim atau kedai Pakistan. Untuk bahan-bahan lain, terdapat pasar mini milik orang Cina dan di situlah, kami mendapatkan bekalan seperti sayur, kicap, sos dan makanan sejuk beku.

"Tetapi jika kami 'turun' ke Dublin, kami akan singgah di Asian Market atau pasar mini kepunyaan orang Melayu Malaysia kita. Pendek kata, di sini soal makanan memang tak ada masalah," katanya yang akan menyambut Hari Raya Aidilfitri di Athlone bersama beberapa keluarga Melayu Malaysia di sana.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:11
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.