saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 22/08/2012

Sisi gelap Aizat

Hukuman penjara telah mengubah hidup Aizat yang membentuknya menjadi individu yang lebih bertanggungjawab.

Dahulu sebelum dipenjara Aizat (bukan nama sebenar), 28, adalah seorang lelaki yang panas baran dan mempunyai sisi hidup yang cukup gelap.

Namun, selepas dia ditahan dan disumbat ke penjara ternyata tersimpan seribu hikmah yang tersembunyi. Hanya dia yang dapat merasai perubahan pada dirinya kala ini.

Katanya, dia kini lebih tenang dan gembira menjalani kehidupan biasa. Dia juga kini membantu abangnya bekerja sebagai penghantar barangan runcit kepada pasar raya di sekitar Kuala Lumpur.

Ketika ini Aizat sedang menjalani parol yang masih berbaki tiga bulan lebih sebelum dia dibebaskan sepenuhnya.

Dia mula ditahan pada tahun 2010 atas kesalahan memiliki senjata api iaitu pistol jenis Bronze semi automatik 8 milimiter. Dia akan bebas sepenuhnya pada November tahun ini.

Pastinya Ramadan dan Syawal tahun ini lebih bermakna pada kerana berpeluang menyambutnya bersama keluarga tercinta.

Dia yang ditemui baru-baru ini mengakui gembira dan bersyukur kerana diberi kesempatan menyambut Ramadan dan beraya bersama keluarga.

"Pengalaman berpuasa dan beraya selama dua tahun di penjara tanpa keluarga banyak menginsafkan saya.

"Saya akan gunakan peluang ini sebaik mungkin kerana suasananya sangat berbeza dan akan menjadikan Ramadan kali ini paling bermakna dalam hidup," katanya.

Bercerita lanjut tentang kesalahan yang dilakukannya dua tahun lepas, dia mengakui apa yang terjadi disebabkan dirinya terlalu mengikut kata hati.

"Sebelum terlibat dengan kumpulan gangster, saya pernah bekerja dengan agensi kerajaan. Namun, kerja di situ tidak bertahan lama.

"Kerana tertekan apabila sering ditindas dan dibuli, saya akhirnya berhenti kerja dan menganggur seketika," katanya.

Ketika sedang mencari-cari pekerjaan, dia telah bertemu dengan seorang kenalan lama yang menawarkan pekerjaan sebagai penjaga kelab malam.

"Tanpa berfikir panjang saya menerima tawaran tersebut. Lagipun ketika itu saya amat memerlukan pekerjaan untuk menampung kehidupan.

"Bekerja sebagai penjaga kelab malam, saya mula kenal dengan pelbagai jenis manusia. Di situ juga saya sudah pandai meminum arak dan sering mabuk," katanya.

Tambahnya, sepanjang bekerja di situ, keselamatannya sentiasa terjamin kerana kawan-kawan di sekelilingnya adalah di kalangan gangster yang terkenal dan digeruni.

"Apabila timbul masalah yang tidak boleh diselesaikan dengan cara baik, saya akan meminta bantuan mereka.

"Pernah berlaku satu kemalangan yang menyebabkan kereta saya dilanggar dari belakang. Kerosakan tidaklah teruk sangat. Apabila meminta dibayar ganti rugi, pemilik kenderaan tersebut enggan membayar.

"Selepas meminta bantuan dari kawan-kawan gangster tersebut, barulah masalah dapat diselesaikan dengan mudah," ujarnya.

Apabila melihat kawan-kawannya sentiasa terlepas daripada hukuman dan nampak berani apabila memiliki sendiri senjata api, dia juga tidak teragak-agak memiliki pistol.

"Ketika memiliki pistol tersebut, saya langsung tidak memikirkan kesannya. Apa yang saya inginkan adalah keseronokan dan ketika itu pistol diibaratkan sebagai senjata pertahanan diri.

"Saya juga tahu pistol tidak boleh disimpan sebagai milik peribadi oleh individu jika tidak mempunyai lesen yang dikeluarkan dari pihak berkuasa," katanya.

Tambahnya, hidupnya telah berubah apabila ditahan ketika berada di sempadan antara negara Thailand dan Malaysia.

"Saya dan beberapa orang rakan ke sana untuk bercuti. Ketika melalui pemeriksaan kastam, saya telah ditahan dan hidup saya telah berubah mulai saat itu.

"Selepas ditahan beberapa bulan, saya diuji apabila ibu yang disayangi meninggal dunia. Ketika itu perasaan sedih tidak dapat digambarkan kerana tidak sempat berjumpa dengannya," katanya.

Ujarnya, dia sangat terkilan ketika itu kerana hanya diberitahu tentang pemergian ibu tersayang setelah sebulan ibunya meninggal.

"Keluarga cuba merahsiakan dari pengetahuan saya kerana tidak mahu menambah lagi tekanan pada saya ketika itu.

"Selepas pemergian ibu, saya rasa sangat bersalah kerana membuat dia merasa sedih di saat-saat ajalnya tiba. Namun apapun yang berlaku saya reda dengan semua ketentuan ini," katanya.

Tambahnya lagi, selepas dibebaskan nanti dia akan meneruskan hidup baru dan berusaha memperbaiki diri untuk menjadi insan yang lebih baik.

"Ketika berada di penjara banyak ilmu yang saya pelajari. Saya lebih mengenal dan mendekati Allah berbanding dahulu," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.