saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 23/08/2012

'Tangguh' untuk beraya

Mohd. Shahril Razali bersama anaknya, Syabil Zarif yang menghidap leukemia.

SEMANGAT dan kekuatan tersebut mungkin sedikit teruji apabila datangnya Syawal kerana terpaksa mengorbankan kegembiraan menyambut hari raya untuk berada di wad di sisi anak tersayang.

"Tak mengapalah kalau tak dapat sambut raya tahun ini, asalkan kesihatan Afif pulih seperti biasa dan saya dapat lihat dia kembali aktif ke sekolah," luah hati seorang ibu, Rafidah Bakhtiar, 36.

Sudah menjadi rutin harian Rafidah sejak beberapa bulan lalu menemani anaknya, Afif Abdi, 10, di Wad Onkologi Kanak-Kanak Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), bagi menjalani rawatan penyakit leukemia yang dihidapi anak kecil itu.

Menurut ibu muda ini, sesekali anaknya ada juga bertanya tentang sambutan raya , tapi dia terpaksa memberi alasan bahawa hari raya tahun ini terpaksa ditangguhkan sehingga Afif sihat.

“Tahap kesihatan Afif masih belum pulih sepenuhnya dan doktor tidak benarkan dia berjalan jauh. Jadi tahun ini kami sekeluarga memang raya di hospital, " katanya kelihatan tenang.

Bagi Rafidah, tidak meraikan Syawal sekadar pengorbanan kecil berbanding dengan apa yang telah dia lakukan sebelum ini.

Demi memberi perhatian dan sokongan tidak berbelah-bagi kepada anak yang sedang sakit, wanita itu mengorbankan kerjaya dengan berhenti kerja.

"Saya berhenti kerja sebagai guru kerana tidak sanggup meninggalkan Afif seorang diri di wad. Kalau berkerja pun saya tak boleh fokus sebab asyik fikirkan kesihatan Afif, jadi lebih baik saya tumpukan kepada keluarga.

“Setiap hari saya tidak pernah putus berdoa supaya diberikan kekuatan untuk menghadapi dugaan ini, selain diperkuatkan semangat Afif untuk menjalani rawatan kemoterapi," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran U Mobile Surf Zone di Wad Onkologi Kanak-kanak PPUM, baru-baru ini.

Bagi Mohd Shahril Razali, 36, hati seorang ayah bagaikan direntap apabila menerima berita anaknya, Mohd. Syabil Zarif yang berumur lima tahun menghidap penyakit leukemia .

“Saya perlu menunjukkan sikap yang ceria semasa menjaga anak kerana saya tidak mahu anak saya merasakan saya sedih seterusnya tidak bersemangat untuk menempuh dugaan terbesar dalam hidup kami ini.

“Saya menangis setiap kali selepas melihat anak menjalani rawatan kemoterapi. Saya tahu dia akan letih, demam dan muntah.

“Melihat keadaannya ketika itu hati bagai disiat-siat dan kalau boleh saya nak gantikan tempat anak saya. Apa pun hidup perlu diteruskan walau perit macam mana sekalipun," katanya.

Menurut Mohd. Shahril lagi, sejak anaknya itu disahkan menghidap leukemia, pergerakannya terbatas, namun dia tetap ceria dan gembira apabila berada di rumah.

"Hari raya kali tahun ini mungkin akan disambut jika tahap kesihatan anak membenarkan dan jika tidak, saya rela berkorban menemaninya di hospital.

“Selama setahun saya keluar masuk hospital untuk menemankan dia menjalani rawatan. Saya berasa ada kekuatan apabila melihat dia gembira dan tersenyum," katanya yang mengalu-alukan pelancaran zon melayari Internet yang disediakan oleh U Mobile di wad tersebut.

Katanya, dengan adanya kemudahan tersebut sambil menemani anak dia kini boleh meneruskan kerja yang banyak melibatkan penggunaan Internet.

Bagi, Iman Daniel Idres, 14, yang menghidap barah tulang, walaupun tidak dapat beraya bersama keluarga di rumah dia sedikit ceria dengan adanya akses Internet yang disumbangkan oleh U Mobile kerana selepas ini tidak akan berasa bosan lagi.

“Setiap kali ditahan di wad untuk rawatan, saya susah nak berhubung dengan rakan atau guru di sekolah

“Jadi dengan adanya perkhidmatan sebegini kini saya dapat menyampaikan salam hari raya kepada guru serta rakan-rakan melalui Internet," katanya yang disahkan mengalami barah tulang selepas jatuh ketika bermain bola sepak kira-kira setahun lalu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif

U Mobile Sdn. Bhd. (U Mobile), Jaffa Sany Ariffin berkata, usaha menyediakan Wi-Fi percuma 42 bps adalah untuk memudahkan penghuni di wad berkenaan berhubung dengan ahli keluarga lain di rumah.

“Selain menjadi tanggungjawab sosial, usaha ini mampu menerbitkan senyuman terhadap kanak-kanak yang menerima rawatan di wad berkenaan," katanya.

Selain menyediakan perkhidmatan Wi Fi, U Mobile juga turut menyumbang 10 unit tablet untuk manfaat penghuni wad mengisi masa mereka sementara menunggu menerima rawatan. - NUR LELA ZULKIPLI

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:01
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.