saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 26/08/2012

Tradisi lempar makanan suku Tengger

Sekumpulan penduduk memegang jaring di kawasan cerun gunung yang curam untuk ‘menangkap hadiah korban’ kerana menganggap tangkapan itu akan membawa tuah kepada mereka. - AGENSI

MANUSIA dahulu kala mempercayai dewa-dewi menguasai semua aspek hidup mereka terutama dalam memberi kehidupan yang baik.

Justeru, ada yang sanggup mengorbankan nyawa manusia dalam upacara pemujaan untuk membolehkan mereka mencapai kehidupan yang diingini itu.

Peredaran zaman bagaimanapun menyaksikan kebanyakan kepercayaan dan upacara berkenaan tidak lagi diamalkan.

Bagaimanapun, suku Tengger beragama Hindu yang tinggal di Probolinggo, Jawa Timur, Indonesia, masih mengamalkan kepercayaan tradisional yang dikatakan boleh membawa tuah dalam kehidupan mereka.

Menganggap Gunung Berapi Bromo yang terletak berhampiran sebagai suci, suku Tengger akan mengadakan Festival Yadnya Kasada atau Kasodo setahun sekali, iaitu sekitar 14 atau 15 dalam bulan Kasodo (ke-10) menurut kalendar Jawa.

Upacara ini bertempat di sebuah pura atau candi di bawah kaki Bromo utara dan dilanjutkan ke puncaknya.

Semasa upacara berlangsung bermula awal pagi, beratus-ratus penduduk suku Tengger akan mendaki Bromo yang setinggi 2,328 meter.

Mereka akan membawa bersama pelbagai jenis barangan seperti beras, haiwan ternakan, sayur-sayuran, buah-buahan dan wang sebagai ‘hadiah’ untuk dewa-dewi.

Dalam upacara berkenaan, suku Tengger akan memasuki kawah Bromo dan mengambil kedudukan masing-masing.

Mereka kemudian akan melemparkan barangan yang dibawa tersebut ke bawah gunung tersebut.

Lebih menarik perhatian, sekumpulan lagi penduduk akan berada di kawasan cerun gunung tersebut dengan memegang jaring.

Walaupun berbahaya, mereka sanggup menunggu untuk menangkap barangan yang dilemparkan kerana ia dikatakan boleh membawa tuah.

Berdasarkan legenda, ritual yang diamalkan sejak kurun ke-15 itu bermula apabila seorang puteri bernama Roro Anteng mengasaskan kepercayaan suku Tengger tersebut dengan suaminya, Joko Seger.

Pasangan suami isteri itu yang tidak mempunyai anak, meminta dewa gunung membantu dan mereka dikurniakan 24 orang anak.

Anak ke-25 bernama Kesuma perlu dikorbankan untuk Gunung Berapi Bromo lalu Roro dan Joko telah melakukan pengorbanan tersebut.

Walaupun amalan itu masih dilakukan, suku Tengger kini tidak lagi menggunakan manusia sebagai korban, sebaliknya beralih kepada haiwan dan makanan.

- AGENSI

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.