saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 07/09/2012

Warisan Tok Ahmad

Anak bongsu Allahyarham Haji Ahmad Yaakub Al-Johori, Fatimah Ahmad ( duduk ) gembira bersama cucu-cucunya memegang buku resipi yang diberi nama baru, Nostalgia Medan Selera terbitan buat kali yang keempat .

MENURUT Halimah, buku pertama bertajuk Medan Selera asalnya ditulis untuk rujukan penyaji makanan sekitar tahun 1950-an.

Ketika itu katanya, bilangan pengusaha katering Melayu untuk majlis perkahwinan dan jamuan-jamuan rasmi kerajaan tidak ramai.

Malah ketika itu, buku Medan Selera telah disatukan dengan sebuah lagi buku masakan Allahyarham Ahmad berjudul Hidangan Terpilih yang diterbitkan oleh anak perempuannya Khadijah.

"Allahyarham Tok (Ahmad) merupakan pengusaha katering dan terkenal dengan beriani gam khususnya semasa sambutan Maulidur Rasul dan Musabaqah al-Quran.

"Allahyarham Tok juga merupakan ketua tukang masak untuk beberapa majlis perkahwinan keluarga diraja Johor dan lebih dikenali dengan panggilan mesra sebagai Haji Awang.

"Beliau tidak keseorangan malah isterinya Jamaliah Omar sentiasa berada di sisi," ujarnya.

Berbicara lanjut mengenai buku masakan tersebut, ulas Halimah, cetakan pertama buku tersebut menggunakan tulisan jawi dan sistem sukatan lama.

Bagaimanapun untuk edisi terbaru ini, pihaknya menerbitkan dalam versi moden kerana menyedari sistem ukuran metrik tidak lagi sesuai dengan generasi muda yang tidak mahir menggunakan istilah tahil atau cupak.

Selain itu, pembaharuan seperti perkataan dan ejaan lama juga telah diubah mengikut peredaran zaman serta sesuai dengan bahasa Melayu moden hari ini.

Edisi terbaru ini turut dihiasi dengan gambar-gambar profesional hidangan masakan yang telah siap untuk tatapan pembaca.

Menampilkan sebanyak 135 resipi dengan 216 muka surat, Nostalgia Medan Selera ini merupakan sebuah koleksi masakan tradisional dari Johor, Arab, Jawa, Peranakan dan sebagainya.

Yang pasti, resipi negeri Johor banyak terkandung di dalam buku masakan ini seperti ikan masak terutup, telur pindang, roti Mariam, nasi adas, opor merah, acar limau nipis dan banyak lagi.

Halimah turut memberitahu, walaupun banyak pembaharuan dilakukan, ia tidak lari daripada buku asal yang dihasilkan dalam tulisan jawi dan resipinya tetap tulen dan asli.

Apatah lagi pesanan allahyarham, 'kalau ikut segala peraturan, Insya-Allah sedap masakan itu' masih lagi diingati sehingga hari ini.

"Idea untuk memodenkan buku ini sudah lama dibincangkan di antara pewaris-pewaris dan hasrat untuk memodenkan Medan Selera telah timbul beberapa tahun yang lalu.

"Bukan mudah sebenarnya untuk memodenkan Medan Selera di mana kami berhadapan dengan bermacam-macam kekangan dan cabaran.

"Bagaimanapun, berkat usaha tanpa mengenal erti putus asa akhirnya kami berjaya bersatu hati dan apa yang membanggakan, arwah Tok bersendirian dalam usahanya menulis dan menyiapkan Medan Selera," katanya lagi.

Tambahnya lagi, Nostalgia Medan Selera tidak mungkin wujud tanpa kerjasama erat dan usaha cucu-cucu allahyarham yang terdiri daripada guru, penulis dan chef.

Walaupun masing-masing menetap di negara yang berlainan tetapi dengan adanya teknologi 3G, Internet serta telefon bimbit semua keputusan dapat diselaraskan dan dipersetujui secara bersama.

Kesemua tujuh orang penerbit bersama buku ini terdiri daripada cucu allahyarham iaitu Faizah Aziz-Wells, Mariam Asha'ari Becker, Halimah Ashari, Faridah A. Aziz, Hamidah Ashari, Habibah Ashari dan Mohd. Zakir Mohd. Zahir.

Apa yang diharapkan buku ini akan terus menjadi sumber inspirasi bagi mereka yang minat memasak sehingga ke generasi yang akan datang seperti yang dirasai oleh keturunan Allahyarham Ahmad.

Penerbit turut berhasrat untuk menterjemahkan buku ini ke dalam bahasa Inggeris supaya ia dapat menembusi pasaran antarabangsa.

"Buku Medan Selera berpindah tangan daripada penulis asalnya kepada cucu-cucunya dan Insya-Allah cicit-cicitnya akan meneruskan kewujudannya 1,000 tahun lagi," kata Halimah.

Bagi mereka yang ingin memiliki Nostalgia Medan Selera ia hanya boleh dibeli secara dalam talian di medanselera.shakespot.net pada harga RM119.90. - MARIATUL QATIAH ZAKARIA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:09
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.