saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 27/10/2012

Korbankan cita-cita, reda ketentuan Ilahi

EMENJAK kecil, pemilik blog Fuuuyooo... Mr.Wan atau nama sebenarnya, Syazwan Ab. Rahman, 24, bercita-cita untuk menjadi juruterbang.

Bagaimanapun, impiannya itu mulai berubah apabila pemuda kelahiran Kuala Lumpur itu mendapat peluang menyambung dalam jurusan perakaunan ketika berada di alam persekolahan.

Setelah mula merencana kehidupan mendatang, Syazwan sekali lagi terpaksa membuat keputusan sukar apabila dia ditawarkan untuk menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Taman dan Ameniti di Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

"Pada awalnya, saya sememangnya terkejut dengan tawaran daripada UiTM tersebut kerana bertentangan dengan kursus perakaunan yang dipelajari ketika di matrikulasi.

"Ketika itu juga saya sedar, jika menerima tawaran tersebut bermakna cita-cita saya untuk bekerja dalam bidang kewangan dan perbankan selama ini perlu dikorbankan," katanya ketika ditemui .com di sini baru-baru ini.

Berpegang kepada kata-kata setiap yang berlaku ada hikmahnya, Syazwan nekad menerima tawaran tersebut walaupun sedar keputusan mengorbankan cita-citanya bukan satu tindakan mudah.

Cerita penulis blog yang gemar melancong dan berkaraoke itu, dia sekali lagi terpaksa bertatih daripada bawah apabila ditawarkan pekerjaan di HeiTech Padu Berhad.

"Bayangkan, ketika di universiti saya ambil jurusan Pengurusan Taman dan Ameniti tetapi apabila mendapat tawaran kerja, saya ditempatkan di bahagian analisis implantasi yang berkaitan teknologi maklumat.

"Tidak mahu memilih kerja dalam zaman sukar mendapat pekerjaan ini, saya berusaha memahirkan diri dengan bidang baru tersebut.

"Hikmahnya, saya kini berpeluang berkunjung ke setiap pelosok negara dengan kerjaya ini," kata penulis blog peribadi itu.

Bercerita mengenai blog Fuuuyooo... Mr.Wan, Syazwan mengakui terpengaruh untuk menulis blog kerana Fara Fauzana dan Linda Onn.

Setelah membaca kedua-dua blog penyampai radio tersebut, terdetik di hati Syazwan untuk memiliki blog sendiri walaupun cerita kehidupannya tidak glamor seperti selebriti yang diminatinya itu.

"Blog ini adalah tempat saya berkongsi suka duka dalam meniti kehidupan ini. Jika berasa runsing, saya suka membaca diari maya saya ini kembali untuk mencari kekuatan.

"Lebih penting, saya berharap catatan yang terkandung dalam blog ini dapat dikongsikan bersama anak cucu saya nanti," katanya sambil tersenyum. - LYNN/MOHD. NOOR AMIN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:20
Asar 4:36
Maghrib 7:26
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.