saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 03/11/2012

Cinta jarak jauh bukan halangan

PERCINTAAN jarak jauh tidak dinafikan bakal menempuh pelbagai halangan dan dugaan yang tidak dijangka.

Bagi mereka yang sudah menabur janji untuk sehidup semati hingga ke jenjang pelamin, ada ketikanya janji itu sekadar bermain di bibir, namun ada juga yang menjadi realiti.

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Kreativiti Inovasi dan Pengkomersialan, Jabatan Ketua Menteri Melaka, Prof. Madya Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah, 53, percintaan jarak jauh dengan isterinya, Datin Wan Faridah Wan Yaakob, 53, tidak menjadi halangan.

Ini kerana Abu Bakar ketika itu bertugas sebagai pembantu juruteknik di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Kedah, manakala Wan Faridah pula bekerja di Felda Marketing Corporation di Kuala Lumpur pada tahun 1980.

Sepanjang tiga tahun mengharungi saat-saat manis dilamun cinta ketika beliau berada di Kedah dan isterinya di Kuala Lumpur, jarak jauh itu langsung tidak menjadi halangan.

Sebaliknya, Abu Bakar sanggup turun ke Kuala Lumpur seminggu sekali khususnya pada hari Jumaat (cuti rehat bagi kakitangan awam di Kedah) semata-mata ingin berjumpa Wan Faridah.

Rutinnya setiap Jumaat seminggu sekali, Abu Bakar akan menaiki bas dari Kedah ke Kuala Lumpur, makan tengah hari dengan isterinya sebelum solat Jumaat di Kompleks Pertama.

Sesudah menunaikan solat Jumaat, Abu Bakar akan menunggu isterinya balik bekerja sebelum mereka berjumpa buat kali kedua di Kompleks Pertama, Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Mereka minum di restoran berdekatan sambil bersembang, bersenda-gurau, bercerita soal kerja dan sebagainya sebelum Abu Bakar menaiki bas ekspres di Hentian Pudu Raya untuk pulang ke Kedah pada kira-kira pukul 8 malam.

Itulah rutin setiap hujung minggu yang dilakukan oleh Abu Bakar dan Wan Faridah selama tiga tahun sebelum mereka melangsungkan perkahwinan pada 2 Ogos 1984.

''Saya jumpa isteri saya setiap hujung minggu hanya untuk tempoh tidak sampai 24 jam. Bagi saya, itu sudah memadai selain kami berhubung hampir setiap hari melalui telefon.

''Sudah menjadi rutin tetap saya apabila setiap kali Jumaat, saya akan ke Kuala Lumpur untuk berjumpanya.

''Walaupun kami duduk jauh, namun faktor itu tidak menjadi halangan kepada kami untuk menjalin kasih dan berkahwin. Lebih manis, perkahwinan kami kekal sehingga hari ini," katanya ketika ditemui S2 di kediamannya di Ozana Country Resort, Ayer Keroh, Melaka.

Bagi Wan Faridah pula, apabila berpeluang balik ke kampung kelahirannya di Kodiang, Kedah sebulan sekali, kesempatan itu akan digunakannya untuk berjumpa Abu Bakar.

Lokasinya sama ada di restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) atau McDonald di Alor Setar.

Biarpun hanya untuk tempoh sejam, bagi kedua-dua mereka, itu sudah memadai dan sewaktu Wan Faridah ingin pulang ke Kuala Lumpur, dua jam lebih awal Abu Bakar sudah berada di stesen bas di Alor Setar.

''Kami rasa tidak terasing atau ada jurang walaupun berjumpa untuk tempoh yang singkat. Malah tidak ada rasa curiga atau sangsi kejujuran antara kami.

''Kerana kejujuran inilah, hubungan kami berdua tidak pernah renggang, sebaliknya semakin kukuh hingga hasrat untuk naik pelamin menjadi kenyataan," kata Abu Bakar yang berasal dari Pantai Kundor, Tanjung Keling, Melaka.

Di Melaka, Abu Bakar cukup terkenal kerana keramahannya dan sering menjadi moderator pada setiap sesi ceramah atau perbincangan.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Kg. Gelam, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Keling (sekarang dikenali sebagai SMK Seri Tanjung) dan Sekolah Alam Shah.

Kemudian beliau mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jalan Semarak dengan mengikuti pengajian Diploma Kejuruteraan Awam dari 1977 hingga 1980.

Abu Bakar seterusnya melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda di UTM (1987-1988) dan ijazah sarjana serta kedoktoran dalam bidang teknologi konkrit di University of Dundee, Scotland, United Kingdom (1989-1994).

Hasil perkahwinannya selama 28 tahun, beliau dikurniakan tiga orang anak iaitu Izyan Hanis, 26, Izuan Hanis, 16, dan Izuin Hanis, 14, serta dua orang cucu, Mohd. Ikwan Harith, 5, dan Mohd. Idzar Harith, 3.

Abu Bakar mula terpikat cinta pandang pertama apabila bertandang ke rumah ibu bapa Wan Faridah bersama beberapa kawan ketika itu.

''Sewaktu saya dan dua kawan lain berada di rumahnya, saya terpandang wajah Wan Faridah dan masa itu saya mula jatuh hati," ujarnya menceritakan detik-detik manis tersebut.

Bagi Wan Faridah pula, beliau merasa kurang selesa ketika itu kerana suaminya sering mengambil gambarnya.

''Sampai saya marah dia (Abu Bakar) dan bertanya, kenapa ambil gambar saya banyak sangat, kenapa tak ambil gambar kawan-kawan lain.

''Memang ketika itu, saya rasa kurang selesa hingga saya menutup muka dengan bantal kusyen bila dia nak ambil gambar saya," ujar Wan Faridah.

Susulan daripada itu, kedua-duanya terus berhubung melalui telefon. Daripada pandang pertama sebagai seorang kawan, akhirnya perhubungan mereka semakin akrab hingga mencetuskan rasa cinta yang begitu membara.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.