saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 24/11/2012

Mengenali lelaki sinis

gelagat orang sekeliling sering memberi idea kepada jurutera ini untuk menulis.

PELUANG bertentang mata dan berbicara bersama pemilik blog Suratan Kebetolan, Wan Mohd. Nazirul Hazwan, 25, penulis tidak merasakan perbezaan personaliti yang ditonjolkan menerusi blognya itu.

Menggunakan tagline 'blog engineer hemsem yang baik hati', pemilik blog cukup bijak bermain kata dan setiap soalan yang dilontarkan akan dijawab secara bersahaja dengan alasannya tersendiri.

Mungkin sudah menjadi prinsipnya, tidak mahu mengendahkan 'cakap-cakap orang lain' memperlihatkan dia sebagai seorang yang sarkastik.

Bagi Wan Mohd. Nazirul, sikap itu mungkin menjadi kelebihan kepada dirinya untuk berpegang kepada apa yang dirasakan betul.

Misalnya, selepas mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), bapanya menyarankan dia menyambung pengajian dalam bidang perubatan sedangkan dia bercita-cita menjadi jurutera.

Biarpun terpaksa 'bertegang urat' dengan bapanya pada peringkat awal, namun akhirnya cita-cita Wan Mohd. Nazirul mendapat restu selepas dia menyatakan pendirian.

Oleh itu, katanya, jangan sesekali takut untuk menyatakan pendirian atau terlalu menghiraukan tanggapan orang lain dalam kehidupan ini.

Untuk mereka yang mahu lebih mengenali jejaka dari Sepang, Selangor ini bolehlah melayari http://nazirulhazwanws.blogspot.com. - LYNN/ABDUL NAZIR MOHAMED

Pengaruh Zack Zukhairi

SUATU ketika dahulu, Zack Zukhairi telah mencetuskan fenomena dalam dunia blog. Secara tidak langsung, dia menjadi inspirasi untuk saya membina blog. Saya membina blog Suratan Kebetolan ini dengan harapan para pembaca dapat berfikir serta membuka mata terhadap setiap cerita atau situasi yang saya sampaikan.

Sindir perempuan

BAGI pengikut setia blog Suratan Kebetolan, mungkin beranggapan saya seorang yang sinis dan penuh sindiran dan adakalanya, berat sebelah terutama bagi pembaca wanita. Tetapi sebenarnya, saya bercerita tentang realiti kehidupan. Malah, saya mahu mengajak pengikut-pengikut blog saya sama-sama berfikir dan bukan menerima bulat-bulat apa yang saya sampaikan. Tapi kalau nak tahu, kebanyakan post yang seakan-akan menyindir kaum hawa itu sebenarnya dicadangkan oleh rakan-rakan perempuan saya juga. Selalunya, mereka yang memberi idea untuk saya menulis situasi yang kerap terjadi di kalangan perempuan dan memasukkan persepsi lelaki dalam entri tersebut.

Suka tidur & makan percuma

KALAU tanya perkara apa yang saya suka lakukan di masa lapang, tentunya jawapan saya tidur. Jika tidak pun, berjalan-jalan seorang diri melihat pelbagai ragam dan gelagat manusia. Tapi itu tidak bermakna saya suka menyendiri. Jika ada rakan-rakan yang ajak melepak, saya akan sertai juga mereka. Lagi satu, saya paling suka makan percuma. Andai menerima jemputan ke majlis makan-makan, saya pasti akan turut serta. Sehinggakan, rakan-rakan sepejabat sudah mengerti kalau saya ada pasti tiada makanan yang akan dibazirkan.

Pasar malam

PERCAYA atau tidak, saya tidak pernah beli baju yang berharga lebih daripada RM25 dan kebanyakan pakaian saya dibeli di pasar malam sahaja. Apatah lagi, saya mempunyai ramai adik lelaki yang gemar meminjam baju saya dan kemudian pakaian itu pun hilang entah ke mana. Tapi disebabkan pakaian itu dibeli di pasar malam sahaja, saya tidaklah rasa terkilan sangat. Mungkin ada orang kata saya kedekut tapi bagi saya itu sikap penjimat. Suatu ketika dulu kami sekeluarga hidup susah, jadi tabiat berjimat-cermat itu terbawa-bawa sehingga hari ini walaupun kini saya sudah bekerja sebagai jurutera.

Karaoke

SEUMUR hidup ini, tidak pernah sekalipun saya menjejakkan kaki ke pusat karaoke. Hinggakan, rakan-rakan di sekeliling saya pun sudah jemu nak mengajak saya menyertai aktiviti menyanyi di pusat hiburan keluarga itu. Kenapa? Saya sedar tidak pandai menyanyi jadi buat apa nak membazir duit ke tempat sebegitu. Tapi saya mempunyai tabiat, jika ada orang menyanyi saya suka menyambung lagu tersebut secara spontan.

Terima secara terbuka

UNTUK pengikut-pengikut setia blog saya ini, saya nak ucapkan terima kasih. Mungkin terdapat entri yang kelihatan sinis anggaplah itu pandangan jujur daripada sebelah pihak lain dan kemungkinan ada benarnya. Selain itu, bagi mereka yang mempunyai pandangan berbeza pula jangan segan untuk menghantar e-mel kepada saya di alamat, nazirulhazwanws@gmail.com

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:01
Zohor 1:23
Asar 4:27
Maghrib 7:25
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.