saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 13/12/2012

Awasi keselamatan anak

Anak-anak seharusnya tidak boleh lepas daripada kawalan ibu bapa kerana perkara yang tidak diingini boleh berlaku secara tiba-tiba

BAGAIMANAPUN kes 'kehilangan' anak dan tidak kurang juga kes kemalangan yang berlaku di tangga bergerak terutama yang berumur 12 tahun dan ke bawah di pusat membeli-belah semakin kerap berlaku.

Kes-kes seperti itu kelihatannya semakin serius dan terus menarik perhatian pelbagai pihak, tetapi bagaimanapun kesedaran masyarakat terutama ibu bapa masih lagi memandang remeh akan usaha menangani kes-kes ini.

Malang tidak pernah memberi sebarang isyarat atau petanda dan dalam hal ini ibu bapa seharusnya memastikan tahap keselamatan anak-anak di mana saja mereka berada.

Anak-anak seharusnya tidak dibiarkan lepas daripada kawalan ibu bapa kerana perkara yang tidak diingini boleh berlaku secara tiba-tiba meskipun di depan mata.

Keselamatan anak-anak perlu dijadikan tunjang kepada disiplin berkeluarga dan sekali gus menjadi inti pati kepada tugas-tugas ibu bapa.

Menyedari akan kepentingan isu tersebut dan tidak ketinggalan berusaha memberi kesedaran kepada masyarakat serta secara tidak langsung ingin memberi peringatan kepada para pengunjung mengenai keselamatan anak-anak ketika berada di pusat membeli-belah, baru-baru ini bertempat di Sunway Pyramid satu bengkel keselamatan diadakan.

Disertai 30 orang kanak-kanak yang terdiri daripada ahli Leo Cubs berusia antara tujuh hingga 12 tahun, mereka telah diberikan pendedahan mengenai keselamatan ketika menggunakan tangga bergerak. Juga mengenali pegawai keselamatan yang terdapat di pusat membeli-belah, apa yang perlu dilakukan sekiranya terpisah dengan ibu bapa, fungsi gelang tangan (wristbands), dan tidak ketinggalan kegunaan alat pengesan kanak-kanak.

Ternyata bengkel selama dua jam itu mampu mendedahkan para peserta mengenai keselamatan diri ketika berada di pusat membeli-belah.

Tidak hanya sekadar memberi pendedahan kepada para peserta, pihak Sunway Pyramid turut memberi peringatan kepada para pengunjungnya terutama ibu bapa dengan mengedarkan risalah-risalah mengenai keselamatan.

Pada masa yang sama, risalah yang diedarkan turut mengandungi maklumat-maklumat yang berguna sekiranya sesuatu berlaku kepada anak masing-masing.

Menurut Pengarah Pemasaran Sunway Pyramid, Phang Sau Lian, penganjuran bengkel seumpama itu bukanlah kali pertama kerana pernah diadakan sebelum ini.

Bagaimanapun katanya, ini merupakan kali pertama melibatkan ahli-ahli Leo Cubs.

"Bengkel kali ini kami buka kepada ahli-ahli Leo Cubs dalam usaha memberi pembelajaran kepada golongan kanak-kanak.

"Dalam hal ini mereka (kanak-kanak) seharusnya diberikan pendedahan dan juga pembelajaran tentang apa yang perlu dilakukan sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada mereka ketika berada di pusat membeli-belah.

"Pada masa yang sama, kami turut memberi peringatan kepada ibu bapa dengan mengedarkan risalah yang mengandungi maklumat-maklumat berguna," katanya yang ditemui selepas bengkel tersebut.

Tambahnya, selalunya ibu bapa akan beranggapan bahawa kejadian seperti hilang anak serta kemalangan yang berlaku di tangga bergerak merupakan perkara kecil.

Mereka meletakkan sepenuhnya tanggungjawab tersebut pada pihak pengurusan pusat membeli-belah, sedangkan sebagai penjaga kepada anak masing-masing mereka seharusnya menjalankan tugas pengawasan anak-anak mereka sendiri.

Sau Lian berpendapat, disebabkan angka kemalangan dan juga kehilangan kanak-kanak di pusat membeli-belah semakin meningkat, tindakan segera perlu diambil.

Mengulas lanjut mengenai bengkel tersebut, beliau menjelaskan pendekatan yang ambil kali ini sedikit berbeza kerana ia hanya melibatkan kanak-kanak.

Daripada bengkel tersebut beliau percaya segala apa yang diberikan kepada kanak-kanak tersebut secara tidak langsung akan disebarkan kepada ibu bapa serta ahli keluarga masing-masing dan pada masa yang sama merupakan satu proses pembelajaran yang berpanjangan.

Dalam hal yang berkaitan dengan keselamatan kanak-kanak ini, ujar Sau Lian, tanggungjawab tidak patut dialihkan kepada orang lain tetapi ia terletak di bahu ibu dan bapa.

Bengkel tersebut walaupun hanya diadakan untuk beberapa jam, tetapi dilihat sebagai salah satu cara yang berkesan terutama sekali untuk pembelajaran di kalangan kanak-kanak.

Tambahan pula ia disusuli dengan pengedaran risalah keselamatan oleh para peserta kepada para pengunjung pusat membeli-belah tersebut.

Yang pasti selain mempelajari sesuatu yang baru, kanak-kanak juga dilihat gembira dengan apa yang diaturkan oleh pihak penganjur.

Menurut Sau Lian, selepas ini pihaknya akan mengadakan lagi kempen-kempen keselamatan dalam usaha 'mengajar' dan memberi pendidikan kepada para pengunjung mengenai keselamatan kanak-kanak ketika berkunjung ke pusat beli-belah.

Walau apa pun tindakan yang akan diambil, elakkan beban yang timbul diserahkan kepada orang lain untuk memikulnya.

Cari punca dan dapatkan kaedah terbaik untuk melihat isu keselamatan kanak-kanak ini supaya tidak berlarutan sehingga mendatangkan kerisauan di kalangan ibu bapa dan masyarakat. - MARIATUL QATIAH ZAKARIA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.