saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 15/12/2012

Semangat Suwaibah naikkan nama negara

Suwaibah Muhammad Nasir menunjukkan pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai wanita pertama dan terpantas menaiki tangga Batu Caves.

MINAT dalam sukan larian sudah berputik dalam diri Suwaibah Muhammad Nasir sejak kecil.

Namun anak kelahiran Tanah Merah, Kelantan itu tidak pernah mengimpikan aktiviti itu akan meletakkan namanya di persada sukan negara.

Walaupun wanita dipandang sebagai insan lemah untuk melakukan sesuatu yang lasak, namun perkara itu langsung tidak dipeduli oleh bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam usaha meletakkan dirinya sebagai pelari wanita bersejarah.

Ketika berkhidmat bersama TUDM sahaja, beliau berjaya muncul sebagai olahragawati selama lapan tahun berturut-turut.

Rekod itu kekal sehingga hari ini selain menjadi wanita pertama dan terpantas menaiki tangga Batu Caves serta Menara Kuala Lumpur.

Selain itu, beliau juga mewakili Malaysia dalam acara maraton di Amerika Syarikat, Italy, Indonesia dan Singapura.

Menerusi larian Suwaibah terbabit dalam aktiviti kemanusiaan apabila sanggup menggalas cabaran berlari sejauh 2004 kilometer (km) mengelilingi Semenanjung Malaysia pada tahun 2004.

Apa yang dilakukan Suwaibah bukan untuk dirinya tetapi demi meraih bantuan buat Majlis Kanser Nasional (Makna).

Usaha kemanusiaan diteruskan beliau dengan Larian Sahara yang merangkumi laluan sejauh 1,111 km di Mesir.

Larian Sahara yang dilakukan Suwaibah itu dianggap 'gila' kerana tiada individu walaupun jaguh maraton dunia sanggup berlari di kawasan tersebut.

Selain soal keselamatan, laluan tersebut penuh liku kerana cuaca sejuk dan panas ekstrem sehingga menyebabkan ramai pelari dunia menjauhi laluan tersebut.

Bagaimanapun demi membawa mesej menentang sekatan air bersih di Palestin dan mengumpul dana Makna, beliau meneruskan cabaran berkenaan.

Berikutan kejayaan merentasi 1,111 km itu, Suwaibah kini bergelar wanita pertama yang berjaya merentasi laluan Sahara.

Suwaibah memberitahu, cabaran muncul sebaik sahaja tiba di bumi Mesir apabila beliau tidak dibenarkan melakukan larian tersebut kerana faktor keselamatan.

"Selepas merayu selama tiga minggu, saya akhirnya dibenarkan melakukan larian amal tersebut.

"Dalam larian itu, pelbagai cabaran dilalui apabila tumit kaki saya pecah, selain cuaca panas dan sejuk melampau," katanya.

Bagaimanapun beliau bersyukur apabila usahanya menemui kejayaan dengan mesej yang dibawa sampai kepada masyarakat di sepanjang laluan itu dan seluruh dunia.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.