saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 25/12/2012

Bertangas elak kelesuan

RAWATAN bertangas tidak asing lagi dalam masyarakat Melayu. Bertangas boleh juga diklasifikasikan sebagai mandi wap.

Pengurus Spa D'Daun, Zalina Ibrahim, 45, berkata, bertangas elok dilakukan kepada wanita setiap kali habis haid dan lepas bersalin.

"Bertangas akan mengeluarkan peluh dan menyebabkan toksin keluar daripada badan. Bagi ibu bersalin, ia juga dapat membantu proses penyembuhan dan kemutan faraj dan rahim.

"Selain itu, wap-wap dari herba yang digunakan membantu menghilangkan kegatalan pada bahagian alat sulit wanita selain merawat masalah keputihan," katanya.

Tambahnya, rawatan bertangas basah dan kering mempunyai fungsi yang sama untuk merawat bahagian dalaman wanita.

"Rawatan bertangas kering dilakukan dengan menggunakan batu sungai yang dipanaskan kemudian diletakkan di dalam campuran herba yang telah dikisar seperti sireh, limau purut, manjakani dan kunyit.

"Rawatan ini dilakukan selama 30 minit untuk wanita bersalin selepas darah nifas telah kering. Sementara, wanita yang baru lepas haid seeloknya dilakukan pada hari keenam dan ketujuh," katanya.

Katanya, rawatan ini juga dapat mengelakkan kelesuan kulit dan bau badan. Ketika rawatan bertangas dilakukan, boleh amalkan senaman kemutan otot rahim atau kegel untuk kekuatan otot faraj dan rahim.

"Bertangas dibuat dengan menyelubung seluruh badan dengan kain dari paras leher ke paras lantai agar wap tangas menyeluruh kena pada badan.

"Ramuan herba yang digunakan dipercayai mempunyai banyak khasiat dan kelebihan tersendiri seperti manjakani untuk tujuan merapatkan kembali vagina, daun sireh dan limau purut mempunyai antiseptik dan menghilangkan bau serta kunyit untuk merawat luka," katanya.

Sebarang maklumat lanjut mengenai spa ini boleh hubungi 013-3656661.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:44
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.