saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 11/01/2013

Teruja di Muzium Coklat

Para pengunjung turut berpeluang membeli coklat kegemaran mereka di Muzium Coklat.

PASTI rasa teruja bagi peminat-peminat coklat apabila dapat merasai sendiri pengalaman ketika menyusuri Muzium Coklat pertama di Malaysia dan Asia Tenggara ini dengan pelbagai maklumat menarik mengenai coklat.

Menurut Pengurusnya, Mohd. Azuan Arshad, tujuan muzium ini dibina adalah sebagai platform memberi pengetahuan dan kesedaran secara terus kepada orang ramai mengenai sejarah coklat, kebaikan memakannya dan cara pembuatan coklat.

Sedikit sejarah mengenai coklat, dikatakan pemanis mulut ini mula wujud pada Zaman Tamadun Olmec oleh suku kaum purba Mesoamerika yang tinggal di hutan tropika selatan Teluk Mexico.

"Menggunakan pokok koko dan biji koko yang dipanggil 'kakawa' atau koko secara domestik, biji koko yang pahit dikatakan mempunyai kelebihan dalam memberi kesihatan dan tenaga serta dijadikan sebahagian diet harian sekitar awal 600 Sebelum Masihi (SM)," katanya sewaktu ditemui di Muzium Coklat, baru-baru ini.

Penggunaan koko diteruskan oleh puak Maya yang dipercayai mempunyai sifat pemulihan dan mampu mengembalikan mood.

Bagi puak Maya yang dikenali dengan kalendar yang berakhir pada 2012, penemuannya dibuktikan dengan penemuan tembikar kuno dalam makam yang menceritakan kepentingan koko.

Pada Zaman Aztec, sekitar 900 Masihi sehingga 1858, coklat dimakan dalam bentuk cecair di mana dihidangkan secara sejuk dan berbuih kepada golongan bangsawan.

Buih tersebut dikatakan mempunyai intipati coklat dan kesenian kaum Aztec yang tersendiri dan minuman tersebut dipercayai dicampur dengan bahan lain seperti jagung, perasa dan rempah bagi menambah keenakannya.

Bagi puak Toltecs, koko dilihat sebagai hadiah daripada Tuhan Quetzalcoati kepada manusia dan dikembangkan penggunaannya.

Selain itu, biji koko turut digunakan sebagai mata wang di zaman puak Aztec.

"Pada waktu itu, sebiji telur ayam belanda perlu ditukarkan dengan tiga biji koko manakala bagi seekor ayam belanda betina bersamaan dengan 100 biji koko," kata Mohd. Azuan.

Atas nilai koko tersebut telah menarik minat pelayar Christopher Columbus sewaktu pelayaran keempat dan terakhirnya di Lautan Caribbean.

Beliau yang kagum dengan penggunaan biji koko telah membawanya ke sekitar negara Eropah termasuklah Sepanyol, Perancis serta Itali dan ini merupakan titik tolak bagi perkembangan coklat di seluruh dunia.

Sejarah ini dapat diketahui dengan lebih lanjut di Muzium Coklat yang dibuka oleh DR Group Holdings Sdn. Bhd., syarikat pengeluar coklat tempatan seperti Danson, Fidani dan Milton.

"Muzium ini merupakan platform bagi memberi pengetahuan mengenai asal-usul coklat, kebaikan dan maklumat menarik mengenainya.

"Kami menggunakan konsep 3E di mana pengunjung dapat pengetahuan interaktif (education interactive), pengalaman membuat coklat (experience chocolate making) dan keseronokan membeli (enjoyable shoppings) di sini," katanya.

Bertempat di kawasan Kota Damansara, Petaling Jaya, muzium ini dibuka secara percuma untuk orang ramai bermula dari 10 pagi sehingga 5 petang pada setiap hari.

Muzium yang baru dibuka pada November lalu ini turut menempatkan replika mesin adunan coklat pertama di dunia yang telah dicipta pada 1879 oleh peneroka coklat antarabangsa, Swiss Chocolatier, Rodolphe Lindt.

Lebih menarik pengunjung dapat melihat sendiri hasil seni penghasilan coklat dari dapur muzium yang akan ditunjukkan oleh tiga orang chef berpengalaman.

Pengunjung bakal terpegun melihat aksi mengadun coklat cair oleh chef dari dapur yang dilakukan di atas marmar bagi menghasilkan coklat yang halus dan berkilat.

Pengunjung yang hadir turut berpeluang menyaksikan bagaimana hasil produk yang disalut coklat dihasilkan dengan menggunakan mesin salut coklat yang jarang dilihat ini.

Seterusnya proses mencetak gambar di atas coklat turut ditunjukkan kepada pengunjung yang berada di muzium berkenaan.

"Muzium ini turut menerima tempahan untuk majlis kenduri mahupun majlis korporat dimana pengunjung boleh datang ke dapur dan chef kami sedia menerima tempahan.

"Untuk tempahan mencetak, pengunjung perlu membawa gambar yang hendak dicetak dalam bentuk data.

Menambah keseronokan pengunjung, ruangan membeli coklat dengan terdapat lebih daripada 100 jenis coklat berjenama disediakan di muzium ini.

"Dengan harga yang murah daripada harga pasaran di luar, muzium ini menyediakan kemudahan kepada pengunjung dalam pemilihan pelbagai jenis coklat yang berkualiti dari dalam dan luar negara.

"Pengunjung juga tidak perlu khuatir kerana kesemua produk coklat yang dijual di sini dijamin halal dan selamat kerana kami sentiasa dipantau oleh Pertubuhan Standardisasi Antarabangsa (ISO)," katanya.

Tambah Mohd. Azuan, diimport secara terus dari kilang seperti jenama coklat Ferrero, Hershey's, Lindt, Nestle dan sebagainya, muzium ini menjanjikan kualiti coklat yang asli dengan harga 30 sehingga 40 peratus lebih murah dari harga biasa.

Pesanan Mohd. Azuan, pemilihan produk coklat yang berkualiti dan asli dapat memberikan khasiat coklat yang sebenar.

DR Group yang merupakan pengedar terbesar di Malaysia turut menempatkan 400 tan coklat segar pengeluar syarikat tempatan melalui anak syarikatnya Quantum Supplies (M) Sdn. Bhd. dan Fidani Chocolatier.

Bagi yang berminat, kunjungi Muzium Coklat yang unik ini di No 2, Jalan Teknologi 3/4, Seksyen 3, Kota Damansara, Selangor atau layari www.drgroup.com.my untuk maklumat lanjut. - NOR FARHANI CHE AD

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.